​Air Movement Centre, Thursday, 07 April 2022 – The 9th LATMA ELANG BRUNESIA 2022 Initial Planning Conference (IPC) between Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) and Royal Brunei Air Force (RBAirF) was held virtually from 06 to 07 April 2022.

The IPC was Co-Chaired by Lieutenant Colonel Pujo Wahono, Staff Officer of Military Cooperation, TNI AU and Lieutenant Colonel (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, Commanding Officer No. 3 Wing, RBAirF.

The conference facilitated the discussion and the exchange of views on the upcoming LATMA Elang Brunesia IX/2022 Field Training Exercise (FTX) that is scheduled to be held in October this year, hosted by RBAirF. The main objective of this exercise is to assess the level of interoperability between TNI AU and RBAirF through the exchange of skills and experiences and at the same time identifying best practices to emulate. The exchanges are expected to foster the longstanding strong relationship between TNI AU and RBAirF.

The 2-day virtual conference concluded with the review and endorsement of the minutes of meeting.




PERSIDANGAN PERANCANGAN AWAL (IPC) LATMA ELANG BRUNESIA IX/2022

Pusat Pergerakan Udara, Khamis, 07 April 2022 – Persidangan Perancangan Awal (IPC) LATMA ELANG BRUNESIA ke-9 tahun 2022 telahpun berjaya dilaksanakan secara maya diantara Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dari 06 hingga 07 April 2022.

Pengerusi Bersama bagi persidangan tersebut adalah Leftenan Kolonel Pujo Wahono, Pegawai Turus Kerjasama Tentera, TNI AU dan Leftenan Kolonel (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, Pegawai Pemerintah Cawangan No.3, TUDB.

Persidangan tersebut memudahkan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai Field Training Exercise (FTX) bagi LATMA Elang Brunesia IX/2022 akan datang yang dijadualkan diadakan pada bulan Oktober tahun ini, dihoskan oleh TUDB. Objektif utama latihan ini adalah untuk menilai tahap kesalingoperasian antara TNI AU dan TUDB melalui pertukaran kemahiran dan pengalaman serta mengenal pasti amalan terbaik untuk dicontohi. Pertukaran itu dijangka meningkatkan lagi hubungan kukuh yang lama terjalin antara TNI AU dan TUDB.

Persidangan secara maya selama 2 hari tersebut diakhiri dengan semakan dan pengesahan minit mesyuarat.