Rimba Air Force Base,
Wednesday, 23 November 2022 – Jama’ and Qasar Prayer Workshop was organized by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate (JAMA’AT) from 21 to 23 November 2022 at the Fire Service Training Room, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). A total of 07 military personnel attended the workshop held by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of RBAirF.
The closing ceremony commenced with the recitation of Tahlil and closing remarks. The event concluded with the presentation of certificates by Ustaz Awangku Ahmad Hasanuddin bin Pengiran Haji Tejudin, Religious Officer of the JAMA’AT, and Doa.
This workshop aims to familiarize and understand the concession of Jama’ and Qasar prayer in accordance with the Ahli Sunnah Wal Jamaah. The workshop offered a comprehensive lesson and demonstrations on Jama’ and Qasar prayers, including performing the prayers while on the flight. The participants had the opportunity to discuss problem-solving in different scenarios during the workshop.


BENGKEL SOLAT JAMA’ DAN QASAR BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TUDB
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 23 November 2022 – Bengkel Solat Jama’ dan Qasar bagi anggota-anggota tentera Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 21 hingga 23 November 2022 yang bertempat di bilik Kursus Fire Service Flight, Pengkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Seramai 07 peserta yang dikendalikan oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.
Acara bagi penutup bengkel dimulakan dengan bacaan Tahlil dan ucapan penutup dari Guru Ugama TUDB. Acara diteruskan dengan penyampaian sijil yang disampaikan oleh Ustaz Awangku Ahmad Hasanuddin bin Pengiran Haji Tejudin, Guru Ugama JAMA’AT dan diakhiri dengan bacaan Doa penutup.
Bengkel ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai rukhsah solat dan kaedah melakukan solat jama’ dan qasar yang selaras dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bengkel tersebut turut memberi pendedahan menyeluruh mengenai Solat Jama’ dan Qasar, pelbagai jenis Solat Jama’, syarat-syarat serta demonstrasi mengenai tatacara solat ketika dalam penerbangan kapal terbang. Peserta bengkel turut diberi kesempatan untuk menyelesaikan permasalahan mengikut senario yang telah diberikan seperti dalam pelayaran dan sebagainya di bengkel tersebut.

