TEMBURONG, Thursday, 24 August 2023 – A total of 05 Pilots and 08 Loadmasters from 15 Squadron, No. 1 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), underwent Jungle Survival Training and Rescue Simulation in Temburong from 21 to 24 August 2023.
The training started with classes on basic survival techniques – shelter building and jungle etiquette as well as proper animal slaughtering techniques taught by instructors from the Base Defence Squadron (Squadron 236), No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF and instructors from The Religious Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT) respectively. On the second day of training, the participants were taught on the equipment available in a Group Survival Pack and its uses taught by an instructor from 75 Squadron, No. 7 Wing, RBAirF. Training continued with lessons on animal trap making, plant recognition and firemaking techniques on the same day taught by the Base Defence Squadron instructors. On the final day of training, the aircrew involved were tasked on a navigation exercise to find an area fit for helicopter winching. There, the participants did a rescue simulation where they were winched by RBAirF’s Blackhawk aircrew and were transported back to the administration area nearby.
Ultimately, the Jungle Survival Training and Rescue Simulation aims to provide RBAirF aircrew with knowledge and experience on how to survive in the jungle whilst exposing them to the harsh jungle environment should they encounter the need to conduct an emergency landing during flying operations into said areas.


LATIHAN IKHTIAR HIDUP BAGI KRU PESAWAT SKUADRON 15
TEMBURONG, Khamis, 24 Ogos 2023 – Seramai 05 Juruterbang dan 08 anak buah pesawat daripada Skuadron 15, Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menjalani Latihan Ikhtiar Hidup Di Hutan dan Simulasi Menyelamat di Daerah Temburong pada 21 hingga 24 Ogos 2023.
Latihan dimulakan dengan pengenalan dan tatacara membina tempat perlindungan, taklimat etika di dalam hutan dan cara-cara penyembelihan yang betul dari segi agama, yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih dari Skuadron Pertahanan Pangkalan (Skuadron 236), Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB, dan Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Pada hari kedua latihan, peserta-peserta diperkenalkan dengan alat-alat yang terdapat di dalam Pek Ikhtiar Hidup Berkumpulan serta tatacara penggunaan alat-alat tersebut yang disampaikan oleh jurulatih dari Skuadron 75, Cawangan No. 7, TUDB. Pada hari yang sama, peserta latihan ditunjukkan cara-cara membina jerat, mengenali tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan, dan tatacara menyalakan api yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih Skuadron 236. Pada hari terakhir, peserta ditugaskan untuk membuat latihan navigasi untuk mencari tempat yang dikhususkan untuk membuat latihan penyelamatan menggunakan helikopter.
Objektif Latihan Ikhtiar Hidup Di Hutan dan Simulasi Menyelamat adalah untuk melengkapkan kru pesawat-pesawat TUDB dengan pengetahuan dan pengalaman tentang cara untuk hidup di dalam hutan dan mendedahkan peserta latihan dengan persekitaran hutan yang susah untuk didiami jika mereka menghadapi situasi yang memerlukan pendaratan kecemasan dihutan apabila menjalani operasi penerbangan.

