Rimba Air Force Base, Wednesday, 14 July 2021 – RBAirF held Mass Maghrib and Isya’ Prayer, Recitation of Surah Yassin, Tahlil and Thanksgiving Prayer Ceremony to mark the 75th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present at the event was Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Deputy Commander of RBAirf. Also in attendance were Senior Officers, Officers and Airmen.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Mulk, verse 1 – 11 by Sergeant (U) Musa bin Haji Sahat and followed by mass Maghrib prayer led by Muhammad Hazman bin Haji Mohammad Hairol, Imam of Surau Al-Barakah. The event continued with mass Sunat Hajat Prayer, recitation of Surah Yassin, Tahlil and Thanksgiving Prayer led by Warrant Officer 2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar. The event then concluded with mass Isya’ Prayer.

This thanksgiving ceremony is held simultaneously in all Mosques and Suraus across the country to express gratitude for His Majesty’s leadership as well as make supplications to Allah SWT for the monarch’s long life, health and continuous reign.

MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB DAN ISYA’ BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75 BAGI TAHUN 
2021


Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 14 Julai 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib Dan Isya’ Berjemaah, Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-75 Bagi Tahun 2021 di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah TUDB serta dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 oleh Sarjan (U) Musa bin Haji Saat dan diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Hazman bin Haji Mohammad Hairol, Imam Surau Al-Barakah. Acara diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar serta Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.

Majlis ini diadakan secara serentak di semua Masjid dan Surau seluruh Negara sebagai tanda menjunjung kasih atas kepimpinan Baginda serta memohon kepada Allah SWT bagi kesejahteraan, kesihatan dan pemerintahan Baginda