NEWS HEADLINES
KEJOHANAN OLAHRAGA ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB 2016/2017
PANGKALAN RIMBA, Jumaat 21 Oktober 2016 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berjaya meraih keseluruhan pungutan pingat untuk menjuarai Kejohanan Olahraga peringkat ABDB 2016/2017 yang telah berakhir hari ini selepas beraksi selama tiga hari daripada 19 hingga 21 Oktober 2016 di Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Brunei, Pangkalan Rimba.
PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI ATASE PERTAHANAN BARU REPUBLIK KOREA
RIMBA, Khamis 20 Oktober 2016 – Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB menerima kunjungan pengenalan dari Atase Pertahanan Republik Korea yang baru yang menetap di Malaysia akreditasi ke Negara Brunei Darussalam, Senior Commander Lee Chang Hun, di Markas Pangkalan TUDB.
KEJOHANAN OLAHRAGA & TARIK KALAT ABDB 2016
PANGKALAN RIMBA, Rabu 12 Oktober 2016 – Kejohanan Olahraga & Tarik Kalat ABDB 2016 telah berakhir hari ini selepas tiga hari berlawan di Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Brunei, Pangkalan Rimba. Lima unit telah ikut serta dalam Kejohanan Olahraga dan Tarik Kalat iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang bermula dari 10 Oktober 2016 sehingga 12 Oktober 2016. Tuan Rumah kejohanan pada tahun ini adalah Tentera Udara Diraja Brunei yang dipengerusikan oleh Mej (U) Hasnul Alwe bin Hj Matassan (Olahraga) dan Mej (U) Hj Asbi bin Hj Awg Anwar (Tarik Kalat).
EKSESAIS AIRGUARD 2016 DENGAN RASMI DITUTUP
HONORARY PILOT WING AWARDED TO SINGAPORE CHIEF OF AIR FORCE
RIMBA, Tuesday 11 October 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing to the Chief of the Republic of Singapore Air Force (RSAF), Major-General Mervyn Tan Wei Ming. This is in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and the RSAF.
PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI ATASE PERTAHANAN BARU CHINA
RIMBA, Isnin 10 Oktober 2016 – Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB menerima kunjungan pengenalan dari Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam yang baru, Senior Colonel Wu Geng, di Markas Pangkalan TUDB.





