NEWS HEADLINES
KEMPEN DERMA DARAH BERSEMPENA HUT TUDB KE 50 TAHUN
ROYAL THAI AIR FORCE AND ROYAL BRUNEI AIR FORCE 1ST AIR WORKING GROUP MEETING
UPACARA PEMECAHAN CAWANGAN NO.1 DAN PENUBUHAN CAWANGAN NO. 3 SERTA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 3
Pangkalan Rimba, Jumaat, 27 Julai 2016 – Pada hari rabu pagi Upacara Pemecahan Cawangan no. 1 dan Penubuhan Cawangan no. 3 serta Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Cawangan no. 3 telahpun diadakan pada hari tersebut yang bertempat di Pusat Gerakan Udara (AMC).
MAJLIS KHATAM AL-QURAN TUDB SEMPENA BULAN RAMADHAN 1437
Pangkalan Rimba, Isnin, 4 Julai 2016 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan 1437H telah diadakan di Surau Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB dan juga Ketua Kampung 2 Rimba, Yang Mulia Awang Mohamad bin Haji Kabon, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah anggota-anggota awam, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah TUDB.
MAJLIS PENYAMPAIAN KUPON MINUMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI BAGI PTB-PTB KANAN TUDB TAHUN 2016
Pangkalan Rimba, Selasa, 28 Jun 2016M – Majlis Penyampaian Kupon Minuman Sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi PTB-PTB Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) Tahun 2016 telah diadakan di Dewan Punai TUDB. Penyampaian kupon – kupon tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Pemerintah Kumpulan Gerakan, Kolonel (U) Mohammad Sharif Ibrahim bin Dato Paduka Haji Ibrahim.
MAJLIS CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN
Pangkalan Rimba, Isnin, 27 Jun 2016M – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1437 Hijrah bersamaan dengan 2016 Masehi bertempat di Surau TUDB. Acara ini merupakan aktiviti tahunan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dan sekaligus bagi memperingati hari pertama Al-quran diturunkan sebagai panduan hidup umat Islam. Majlis dimulakan bacaan ayat Al-quran iaitu Surah Al-Baqarah ayat 183 hingga ayat 186. Bacaan ayat Al-Quran telah dibacakan oleh 1068 Lt (U) Qamarul Ariffin Bin Haji Ramli.





