BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 05 July 2023 – In conjunction with Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary, No. 1 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a cleaning campaign, recitation of
Surah Yassin, Tahlil and
Doa Arwah at Kianggeh, Subok Muslim Cemetery for the late Lieutenant (U) Alli bin Haji Awang.
The event commenced with the cleaning of the cemetery area and continued with the recitation of
Surah Yassin, Tahlil and
Doa Arwah for the departed officer, led by Private (U) Mohammad Iqbal Hibatullah @ Hilal bin Mohammad Rushidi. The event is part of charitable activities conducted by RBAirF as to remember our late colleagues, strengthen cooperation amongst RBAirF personnel as well as to encourage more contribution to society.

CAWANGAN NO. 1 MENGADAKAN PROJEK KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH, SUBOK SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-62 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 05 Julai 2023 – Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62 Tahun, Cawangan No. 1, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Allahyarham Leftenan (U) Alli bin Haji Awang di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Subok.
Aktiviti dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Soldadu (U) Mohammad Iqbal Hibatullah @ Hilal bin Mohammad Rushidi. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TUDB bertujuan untuk mengingati rakan sekerja yang telah kembali ke Rahmatullah, menguatkan lagi kerjasama dikalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang kepada masyarakat.
