BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 08 February 2023 –
40 personnel from No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an educational visit to the Syariah Court at Bandar Seri Begawan. The visit was led by Captain (U) Md Yusran bin Isak, Second in Command of 236 Squadron, No. 2 Wing ​​​as No.2 Wing Religious Committee.

Upon arrival, the delegation was welcomed by Muhammad Azmi @ Muhammad Asrin bin Haji Mohd Jair, Assistant Registrat Syariah Court Officer. The visit commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, COVID-19 Doa, and a group photo session. The visit continued with a briefing on the overview of Syariah Court’s organisation and law. The visit concluded with a question and answer session followed by a presentation of a token of appreciation to the Syariah Court.

This visit aims to enable the No. 2 Wing personnel to learn more about the role and function of Syariah Court from an Islamic perspective according to the Creed of Ahli Sunnah Wal-Jamaah and to reveal the law of Syariah Court as well as to ensure personnel self-discipline and prevent them from involving in Syariah cases.


CAWANGAN NO. 2 TUDB MENGENDALIKAN LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 08 Februari 2023 – Seramai 40 anggota daripada Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah membuat lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah, Bandar Seri Begawan. Lawatan ini diketuai oleh Kapten (U) Md Yusran bin Isak, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Memerintah Skuadron 236, Cawangan No. 2 selaku Jawatankuasa Keugamaan Cawangan No. 2.

Semasa ketibaan, rombongan telah disambut oleh Muhammad Azmi @ Muhammad Asrin bin Haji Mohd Jair​, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah. Lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Mencegah COVID-19 dan bergambar ramai. Lawatan diteruskan dengan taklimat dan penerangan mengenai dengan organisasi dan undang-undang Mahkamah Syariah. Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada Mahkamah Syariah sebagai tanda penghargaan.

Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut peranan dan fungsi Mahkamah Syariah dalam perspektif Islam mengikut Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta memberi pendedahan kepada anggota Cawangan No. 2 mengenai undang-undang Mahkamah Syariah.  Lawatan seperti ini juga diharapkan akan dapat memastikan tahap displin anggota terjaga dan mengelakkan anggota dari terjebak dengan kes-kes Syariah.