KAMPONG LUMAPAS, Friday, 04 August 2023 –
In conjunction with Royal Brunei Armed Force (RBAF)’s 62nd Anniversary, No. 3 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a cleaning campaign, recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah at Lumapas Muslim Cemetery for the late Staff Sergeant (U) Haji Sahaddin bin Haji Agan.
The event commenced with a cleaning campaign of the cemetery area and followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah led by Sergeant (U) Ismady bin Emran.
The event is part of charitable activities conducted by RBAirF as to strengthen the spiritual development and teamwork amongst RBAirF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.

CAWANGAN NO. 3 MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPONG LUMAPAS SEMPENA HUT ABDB KE-62
KAMPONG LUMAPAS, Juma’at, 04 Ogos 2023 – Cawangan No. 3 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan kempen kebersihan, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Allahyarham Staf Sarjan (U) Haji Sahaddin bin Haji Agan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Lumapas, sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-62.
Acara dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Sarjan (U) Ismady bin Emran.
Acara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TUDB bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang kepada masyarakat.
