RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 31 May 2023
–
No. 5 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) has been actively undertaking maintenance work on the Blackhawk S-70i aircrafts and CN-235 in preparation for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary. Extensive maintenance work including inspections, checks, servicing and component replacements were performed in order to ensure the optimal performance and safety of these aircrafts. Each aircraft was also carefully assessed to identify any potential issues and functional checks were carried out to ensure that all systems were in proper working order.
For the maintenance of the CN-235, RBAirF had to seek assistance from the Original Equipment Manufacturer (OEM) to replace parts that required special tools that were not available in RBAirF inventory; in time for the RBAF anniversary preparations and celebration. For the maintenance of Sikorsky Blackhawk S-70i helicopters, maintenance planning and staggering was crucial to ensure availability of the helicopters throughout the anniversary celebration.
Despite the meticulous maintenance planning from both 51 Squadron and 55 Squadron, the technicians and engineers faced ongoing challenges and setbacks leading up to the event due to unscheduled defects which tested the expertise and technical knowledge of the engineering squadrons. The engineering team followed strict maintenance protocols and adhered to the required maintenance standards in order to guarantee the aircrafts’ airworthiness. With careful engineering assessments and decisions, the Blackhawk S-70i aircrafts and CN-235 were able to partake in the flypast and deploy airborne static jumpers during the RBAF 62nd Anniversary.



PERSIAPAN PESAWAT-PESAWAT TUDB BAGI SAMBUTAN HUT ABDB KE 62 TAHUN – PERSPEKTIF CAWANGAN NO. 5
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 31 Mei 2023 – Cawangan No. 5, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah giat menjalankan kerja-kerja penyelenggaran ke atas pesawat-pesawat
Blackhawk S-70i dan CN-235 untuk persiapan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-62. Kerja-kerja penyelenggaraan seperti, pemeriksaan dan penggantian komponen pesawat telah dijalankan untuk memastikan pesawat beroperasi secara optimal dan selamat. Setiap pesawat juga diperiksa dengan teliti untuk mengenalpasti sebarang isu dan sistem-sistem pesawat diujicuba untuk memastikan semua sistem pesawat berfungsi dengan baik.
Bagi penyelenggaraan pesawat CN-235, TUDB telah mendapatkan bantuan daripada
Original Equipment Manufacturer (OEM) untuk penggantian komponen yang memerlukan peralatan khas yang tidak ada di dalam simpanan inventori TUDB. Bagi penyelenggaraan pesawat
Blackhawk S-70i pula, perancangan dan penjadualan penyelengaraan bagi setiap pesawat adalah sangat penting untuk memastikan pesawat-pesawat tersebut tersedia untuk sepanjang persediaan acara HUT ABDB. Perancangan penyelengaraan yang teliti ini telah diungkayahkan oleh anggota-anggota Skuadron 51 dan Skuadron 55, namun mereka tetap menghadapi cabaran seperti kerosakan yang tidak berjadual menjelang acara Hari Ulang Tahun ABDB.
Cabaran ini menguji kepakaran dan pengetahuan teknikal skuadron-skuadron kejuruteraan tersebut. Kesemua teknisyen dan jurutera telah mengikuti protokol penyelengaraan dengan ketat dan mematuhi piawaian penyelengaraan untuk menjamin pesawat-pesawat layak dan selamat untuk diterbangkan. Dengan penilaian dan kerja-kerja penyelengaraan yang teliti, pesawat-pesawat
Blackhawk S-70i dan CN-235 telah dapat menyertai terbang lalu dan membawa anggota-anggota terjun payung statik semasa Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-62.


