BERAKAS GARISSON, Thursday, 15 February 2024 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 13 officers of Royal Brunei Air Force (RBAirF) have been promoted today in a promotion ceremony that took place at Berakas Garrison Officers’ Mess.

Present to award the insignias was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present at the promotion ceremony were Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretary, Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF as well as families of promoted officers.

7 officers were promoted from Captain to Substantive Major, 1 officer was  promoted from Captain to Acting Major, 4 officers were promoted from Lieutenant to Substantive Captain, while 1 officer was promoted from Lieutenant to Acting Captain.

The ceremony was then concluded with
Doa Selamat recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) to bless the ceremony. The RBAirF would like to congratulate all the RBAirF Officers who were promoted today and would like to convey our appreciation and thanks to the family members for their endless support of all RBAirF personnel.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 13 PEGAWAI-PEGAWAI TUDB

BERAKAS GARISON, Khamis, 15 Februari 2024 – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 13 orang Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat hari ini di dalam Upacara Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.

Hadir bagi menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat ini ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir bagi majlis kenaikan pangkat ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Kanan ABDB serta keluarga pegawai yang diraikan.

7 pegawai telah dinaikkan pangkat daripada Kapten ke Mejar Tetap, 1 pegawai dinaikkan pangkat daripada Kapten kepada Pemangku Mejar, 4 pegawai dinaikkan pangkat daripada Leftenan kepada Kapten Tetap, manakala 1 pegawai dinaikkan pangkat daripada Leftenan kepada Pemangku Kapten.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) bagi memberkati majlis tersebut. Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat pada hari ini. TUDB juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga anggota di atas sokongan yang telah diberikan kepada anggota-anggota TUDB.