RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 26 January 2024 - A Promotion Ceremony for seventeen personnel from No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) was held at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Among those promoted were 06 Senior Non-Commissioned Officers and 11 Junior Non- Commissioned Officers.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, the Commanding Officer of No. 7 Wing. Also present during the ceremony were No. 7 wing officers and SNCOs from No. 7 Wing.

The promotion is in recognition of each personnels contribution towards the RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. Alongside their merits, their conduct through display of core values, discipline as well as performance were also taken into consideration. The RBAirF would like to congratulate all the personnel who were promoted during this ceremony.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 17 PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH CAWANGAN NO. 7 TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 26 Januari 2024 – Majlis Penyampaian Pangkat bagi tujuh belas anggota Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terdiri daripada 06 Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 11 Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) telah berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7. Turut menghadiri bagi memeriahkan lagi majlis tersebut terdiri dari Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan daripada Cawangan No. 7.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota berkenaan khususnya kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara amnya. Di samping merit, penaburan jasa dalam penegakkan nilai-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang telah turut dipertimbangkan. Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Kanan yang telah dinaikkan pangkat.