Berakas Garrison, Friday, 04 February 2022 – No. 2 Wing Operations Group RBAirF held the promotion ceremonY for 08 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and 20 Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs). Present as the Guest of Honour for the events was Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing, Operations Group RBAirF. Also present at the ceremony were Officers, Senior NCOs and Junior NCOs of No. 2 Wing, Operations Group RBAirF.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah headed by Private (U) Yusrawadi bin Yusof and followed by the presentation of insignias by the Guest of Honour. The ceremony concluded with the recital of Doa Selamat and a group photo session.
The promotion is in recognition of the personnel’s contributions to the RBAirF and RBAF in general. Alongside their contribution, their merits and upholding of the core values, discipline and performance are also taken into account.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN DAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH BAGI CAWANGAN NO. 2
KUMPULAN GERAKAN TUDB
Berakas Garison, Jumaat, 04 Februari 2022 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan TUDB telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 08 Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 20 Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah). Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian tersebut ialah Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 Kumpulan Gerakan TUDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai, PTB Kanan dan PTB Rendah Cawangan No. 2 Kumpulan Gerakan TUDB.
Majlis Kenaikan Pangkat ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Soldadu (U) Yusrawadi bin Yusof dan diteruskan dengan penyampaian pangkat daripada tetamu kehormat.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.
Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan ABDB amnya. Jasa dan penegakkan nilai-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan.