KAMPONG TANAH JAMBU, Thursday, 20 July 2023 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its Annual Flight Safety Day at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Auditorium.

The RBAirF Flight Safety Day was graced by His Royal Highness Major (U) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Upon arrival, His Royal Highness was welcomed by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF.

Also in attendance at the event were RBAirF Board of Executives, RBAirF flying and operation related Officers and Personnel as well as representatives from Royal Brunei Airlines, Royal Air Force United Kingdom, Republic of Singapore Air Force, BJE Studio and Skyvision BN.

The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah and a prayer for the victims of the helicopter crash followed by an opening remarks by the Commander of RBAirF to officiate the event.

The event then continued with three presentations relating with this year’s Flight Safety Day theme ‘Staying Safe in A Dynamic World’.  The first presentation was delivered by Flight Lieutenant Eric Fitchett from 230 Squadron Royal Air Force, followed by Major Goh Ee Tian from Republic Singapore Air Force Brunei Helicopter Detachment. The last presenter was Captain (U) Sufiah binti Ramlee, Mission Commander for Unmanned Aerial System from 39 Squadron, No. 3 Wing, RBAirF. The presentations were then followed by a panel discussion with the presenters, moderated by Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Roslie, Commanding Officer No. 1 Wing, RBAirF.

After the presentations, the Head of Aviation Safety Excellence Awards were presented to display teams as well as presentation of prizes to the winners for the Flight Safety Poster and Video Competition 2023.

The Flight Safety Day then concluded with a forum with the theme ‘Learning from Experience in Flight Safety’ from RBAirF personnel.’ The forum was moderated by Major (U) Muhammad Izdihar bin Haji Imran and the accompanied panelists were Major (U) Mohammad Adieb bin Abdul Rahman, Captain (U) Umi Kalthum bin Awang Haji Ramli, Warrant Officer 2 (U) Mohammad Rafizal bin Haji Hamzah and Warrant Officer 2 (U) Pengiran Muhammad Aqim bin Pengiran Haji Alli.

His Royal Highness Major (U) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah also consented to have a group photo with the prize winners before departing the Defence Academy.

After the Flight Safety Day event at the Defence Academy, aviation safety matters continued to be discussed at respective squadrons for the remaining afternoon.

The Flight Safety Day aims to serve as a platform for personnel involved in flying operations to share flight safety related topic, It also aims to further elevate awareness on flight safety and improve cohesiveness and teamwork in all aspects and tiers within the RBAirF, as well as enhance the momentum of flight safety information amongst the aviation community within Brunei Darussalam.


ACARA TAHUNAN HARI KESELAMATAN PENERBANGAN TUDB 2023

KAMPONG TANAH JAMBU Khamis, 20 Julai 2023 – Acara tahunan Hari Keselamatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan di Dewan Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Turut berangkat ke Majlis Hari Keselamatan Penerbangan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia telah dijunjung oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.

Turut hadir pada acara tersebut adalah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai dan Anggota-anggota TUDB yang berkaitan dengan penerbangan serta jemputan daripada Royal Brunei Airlines, Royal Air Force United Kingdom, Tentera Udara Republik Singapura, BJE Studio dan Skyvision BN.

Acara  dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Arwah yang disedekahkan kepada mangsa-mangsa kemalangan pesawat helikopter dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pemerintah TUDB.

Acara diteruskan dengan pembentangan yang disampaikan oleh Flight Lieutenant Eric Fitchett dari Skuadron 230 Royal Air Force, Mejar Goh Ee Tian dari Republic Singapore Air Force Brunei Helicopter Detachment, dan Kapten (U) Sufiah binti Ramlee, Mission Commander untuk Unmanned Aerial System dari Skuadron 39 Squadron, Cawangan No. 3, TUDB. Tema untuk Hari Keselamatan Penerbangan bagi tahun ini adalah ‘Staying Safe in a Dynamic World’. Sesi perbincangan dituruti dengan pembentang-pembentang yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Roslie, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1, TUDB.

Selepas kesemua pembentangan, acara penyampaian
Head of Aviation Safety Excellence Award telah dianugerahkan kepada pasukan-pasukan pameran dan juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Peraduan Poster dan Video Keselamatan Penerbangan 2023.

Hari Keselamatan Penerbangan 2023 juga mengadakan forum dengan tema ‘Learning from Experience in Flight Safety’. Juruacara bagi forum tersebut telah diketuai oleh Mejar (U) Muhammad Izdihar bin Haji Imran. Ahli panel yang lain adalah terdiri daripada Mejar (U) Mohammad Adieb bin Abdul Rahman, Kapten (U) Umi Kalthum bin Awang Haji Ramli, Pegawai Waran 2 (U) Mohammad Rafizal bin Haji Hamzah dan Pegawai Waran 2 (U) Pengiran Muhammad Aqim bin Pengiran Haji Alli.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah turut bergambar bersama pemenang-pemenang pertandingan sebelum berangkat dari Akademi Pertahanan, ABDB.

Selepas acara Hari Keselamatan Penerbangan tersebut, perbincangan hal keselamatan penerbangan diteruskan pada sebelah petang di skuadron masing-masing.

Hari Keselamatan Penerbangan ini bertujuan untuk menjadi landasan bagi anggota-anggota yang terlibat dengan operasi penerbangan, untuk berkongsi topik-topik yang bersangkut paut dengan keselamatan penerbangan. Ianya juga diharap dapat mempertingkatkan kesedaran keselamatan penerbangan dan mempertingkatkan kesinambungan dan kerjasama di dalam kesemua aspek penerbangan di kalangan anggota TUDB, disamping memperkasa lagi momentum pertukaran maklumat keselamatan di antara komuniti penerbangan di Negara Brunei Darussalam.