

KEMPEN DERMA DARAH TUDB SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB YANG KE-55
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa 6 Julai 2021 – TUDB telah mengadakan Kempen Derma Darah selama 2 hari iaitu pada Selasa, 06 Julai 2021 dan Khamis, 08 Julai 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB Ke-55 bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba dengan kerjasama dari Pusat Derma Darah, Kementerian Kesihatan.
Kempen derma darah ini dibukakan kepada semua Pegawai dan Anggota Tentera serta Kakitangan Awam TUDB. Kempen ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara disamping menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada bangsa.