RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 07 March 2023 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a religious event in conjunction with Nisfu Sya’ban for 1444 Hijrah at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present at the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers and RBAirF personnel.
The event commenced with a mass Maghrib Prayer followed by Sunat Hajat prayer. The event continued with three recitations of Surah Yassin and a Special Doa in conjunction with Nisfu Sya’ban led by Ustaz Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali. The event then concluded with a mass Isya Prayer.
The event aims to encourage officers and personnel of the RBAirF to heighten their deeds, seek the forgiveness and blessings of Allah Subhanahu wa Ta’ala during Nisfu Sya’ban, which is a night full of blessings, and prosperity to all Muslims.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS KEUGAMAAN SEMPENA MALAM NISFU SYA’BAN 1444H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 07 Mac 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Keugamaan sempenya menyambut Malam Nisfu Sya’ban 1444 Hijrah yang bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota-anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Solat Sunat Hajat berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin sebanyak tiga kali serta bacaan Doa Khusus Tolak Bala yang diketuai Ustaz Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali. Majlis telah diakhiri dengan Solat Fardhu Isya bejemaah.
Majlis tersebut bertujuan untuk menggalakkan warga TUDB untuk meningkatkan amal soleh mereka, memohon keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala pada Malam Nisfu Sya’ban iaitu malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan bagi umat Islam seluruhnya.

