​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 17 April 2023 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Senior Officers of RBAirF hosted an Iftar at Surau Al–Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) with members of
Takmir and Public Congregation of Surau Al – Barakah.

Present among the invited guests was Captain (R) Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, Head of Kampong Rimba. In conjunction with the Holy Month of Ramadhan, the RBAirF Commander also invited 13 orphans and 2
Golongan Asnaf from
Kawasan 4, Rumah Perancangan Negara Kampong Rimba and presented them with donations obtained from the Surau Al-Barakah Welfare Fund Donations.

The event commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by both Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali and Warrant Officer 2 (Rtd) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar,
Imam and
Pelapis Imam Surau Al–Barakah, Rimba AFB. After a light Iftar, mass
Fardhu Maghrib prayer, the event proceeded with dinner. The event was concluded with the recitation of a closing
doa by Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali,
Imam Surau Al–Barakah.

This session was a good opportunity for RBAirF personnel, members of
Takmir and the Public Congregation of Surau Al–Barakah to foster closer relationships during the Holy Month of Ramadhan. 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA PEMERINTAH TUDB BERSAMA JEMAAH SURAU AL-BARAKAH


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 17 April 2023 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pegawai–pegawai Kanan TUDB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Takmir dan Jemaah Awam Surau Al–Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kapten (B) Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, Ketua Kampong Rimba. Mengambil peluang di Bulan Ramadhan yang suci ini, Pemerintah TUDB turut menjemput 13 orang anak yatim dan 2 orang Golongan Asnaf daripada Kawasan 4, Rumah Perancangan Negara Kampong Rimba dan menyampaikan derma daripada Tabung Kebajikan Surau Al-Barakah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan bacaan Tahlil yang dikepalai oleh Muhammad Farthurrahman bin Haji Matali dan Pegawai Waran 2 (B) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar, Imam dan Pelapis Imam Surau Al–Barakah, PTU Rimba. Majlis diteruskan dengan menikmati juadah sungkai ringan dan Sembahyang Fardhu Maghrib secara berjemaah. Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan makan malam di luar Surau Al – Barakah, dan diakhiri dengan bacaan doa penutup daripada Muhammad Farthurrahman bin Haji Matali, Imam Surau Al–Barakah.

Majlis Bersungkai ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persahabatan di antara Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB bersama Takmir dan Jemaah Awam Surau Al–Barakah.