​Rimba Air Force Base, Tuesday, 08 March 2022 – The RBAirF Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim received a Courtesy Call from the Ambassador of Republic of Turkey to Negara Brunei Darussalam, His Excellency Professor Dr. Hamit Ersoy.

During the call, the RBAirF Commander first welcomed His Excellency and recalled their first interaction since his arrival to Negara Brunei Darussalam. The diplomatic relations between Negara Brunei Darussalam and Republic of Turkey began in 1984. Since then, both the RBAF and the Turkish Armed Forces has had a number of interactions mostly with regards to capability development.

Amongst those interactions were the participation of Turkish Defence Industries during the BRIDEX Exhibition back in 2011 and 2013. The Turkish Armed Forces has also provided artillery simulators from the Turkish Armed Forces Foundation Company, Havelsan, to the Royal Brunei Technical Services (RBTS) to strengthen not only the bilateral relationship but also to enhance the military training capabilities in Negara Brunei Darussalam.

Both also discussed on the advancement in the Turkish Defence Industry and His Excellency further shared on the new set of military capabilities which allows the RBAF to further explore opportunities to collaborate with the Turkish Armed Forces on different defence aspects

His Excellency Professor Dr. Hamit Ersoy, who previously was a lecturer at Istanbul University, was appointed as the Ambassador of Republic of Turkey to Negara Brunei Darussalam in November 2021.

PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK TURKI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 08 Mac 2022 – Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Hormat dari Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama dan mengimbas kembali interaksi kedua Pemerintah dan Tuan Yang Terutama sejak ketibaan beliau di Negara Brunei Darussalam. Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Turki bermula pada tahun 1984. Dengan adanya hubungan diplomatik tersebut, kedua negara telah menjalankan beberapa interaksi yang kebanyakannya adalah atas dasar perkembangan keupayaan.

Diantaranya ialah penyertaan Industri Petahanan Turki semasa Pameran BRIDEX pada tahun 2011 dan 2013. Angkatan Tentera Turki juga memberikan sumbangan merupakan simulator artileri dari Havelsan, iaitu salah sebuah syarikat industri pertahanan berasal dari Turki kepada Royal Brunei Technical Services (RBTS). Dari sumbangan tersebut, ianya bukan hanya mengukuhkan hubungan dua hala diantara ABDB dan Angkatan Tentera Turki, malah ia juga meningkatkan keupayaan latihan ketenteraan ABDB.

Kedua-duanya turut membincangkan tentang kemajuan dalam Industri Pertahanan Turki dan seterusnya berkongsi keupayaan ketenteraan baru yang memberikan peluang kepada ABDB untuk menerokai peluang untuk bekerjasama dengan Angkatan Tentera Turki dalam aspek pertahanan yang berbeza.

Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy adalah merupakan seorang pensyarah di Universiti Istanbul sebelum dilantik sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam pada November 2021.