​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 14 July 2022 –
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) received a courtesy call from Squadron Leader Michael Oxford, Officer in Command of Central Flying School (CFS), The Royal Air Force (RAF), United Kingdom. Accompanying him was Master Aircrew Alan Clulow, Examiner from the CFS. In attendance were RBAirF Head of Inspectorate Unit and Head of Aviation Standard and Evaluation, Inspectorate Unit.

The aim of the call was for intial discussions to scope the upcoming CFS visit, which aims to check and validate RBAirF flying squadron standards in September this year.  Among others, the discussion encompassed areas that will be reviewed and validated during the CFS visit such as Flying Standard Operating Procedures (SOP), flying training techniques in winching and night flying operations, as well as day to day trooplifts.  Both sides looked forward to the visit in September, which hopes to improve flying standards, both in operations and training, and ultimately standards of flight safety.

CFS is the RAF’s primary institution for the training of military flying instructors. Established in 1912, it is the longest existing flying training school. The audit from the CFS to RBAirF held in every two year however, the last two year was put on hold due to the pandemic of COVID-19. 

PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PEGAWAI PEMERINTAH CENTRAL FLYING SCHOOL, ROYAL AIR FORCE, UNITED KINGDOM

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 14 Julai 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima Kunjungan Hormat dari Squadron Leader Michael Oxford, Pegawai Pemerintah, Central Flying Squadron (CFS), Royal Air Force (RAF), United Kingdom. Hadir bersama ialah Master Aircrew Alan Clulow, Pemeriksa dari CFS. Turut hadir daripada TUDB ialah Ketua Unit Inspektorat dan Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan, Unit Inspektorat.

Tujuan bagi kunjungan tersebut ialah sebagai perbincangan awal yang merangkumi lawatan CFS yang akan datang, yang mana ianya bertujuan untuk menyemak dan mengesahkan piawaian skuadron-skuadron TUDB pada September tahun ini. Antara lain, perbincangan juga merangkumi hal-hal lain yang akan dikaji dan disahkan semasa lawatan CFS seperti Prosedur Operasi Standard Penerbangan, latihan Teknik Penerbangan dalam
winching dan penerbangan waktu malam, serta pengangkutan terup. Kedua-dua pihak menantikan lawatan pada bulan September dengan harapan meningkatkan standard penerbangan, baik dalam operasi dan latihan, serta meningkatkan standard keselamatan penerbangan.

CFS merupakan institusi utama bagi latihan instruktur juruterbang tentera di RAF. Ditubuhkan pada tahun 1912, institusi tersebut merupakan institusi latihan penerbangan yang telah sekian lama ditubuhkan yang masih ada hingga pada masa kini. Pemeriksaan dari CFS kepada TUDB diadakan di setiap dua tahun, dan pada dua tahun lepas pemeriksaan telah ditangguhkan disebabkan penyebaran pandemic COVID-19.