Rimba Air Force Base, Thursday, 9 December 2021 – The RBAirF Commander, Brig Gen (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim received a simultaneous farewell and introductory call by the outgoing Defence Attache of the Tentara Nasional Indonesia (TNI) to Negara Brunei Darussalam, Colonel Zaenal Arifin and his replacement, Colonel Doddy Suhadiman at the RBAirF HQ today.
During the session, Colonel Zaenal expressed his utmost gratitude to the RBAirF Commander for the excellent treatment and hospitality that he has received particularly from the RBAirF during his tenure. He also pledged that the good relations between the two air forces will be continued by the new DA with the objective to further enhance the working relationship between the two organisations. This was followed by a short self-introduction by the incoming DA.
The RBAirF Commander reciprocated the expression of thanks to the outgoing DA for his contributions throughout his tenure that has further strengthened ties between RBAirF and TNI-AU. He also discussed the way forward for the two organisations to collaborate in capability and training matters. He also looked forward to develop good working relations with the new DA and expressed confidence that he will be able to continue the commendable efforts made by his predecessor.
Another highlight of the discussion was the measures implemented in the region due to the COVID-19 Pandemic that has limited both multilateral and bilateral interactions to virtual engagements. Both expressed the importance of physical engagements and look forward to resuming such interactions in the near future, depending on the pandemic situation.




PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI MANTAN ATASE PERTAHANAN DAN ATASE PERTAHANAN YANG BAHARU TNI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 9 Disember 2021 –Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Hormat dari Atase Pertahanan TNI ke NBD yang menamatkan perkhidmatan, Kolonel Zaenal Arifin serta pengganti beliau, Kolonel Doddy Suhadiman di Markas TUDB.
Semasa sesi tersebut, Kolonel Zaenal merakamkan penghargaan beliau kepada Pemerintah TUDB di atas layanan baik dan kerjasama yang diberikan terutama sekali dari pihak TUDB. Hubungan baik dan praktikal di antara kedua Tentera Udara akan diteruskan dan diperbaiki dibawah pengawasan Atase Pertahanan yang baharu. Ini diteruskan dengan pengenalan diri secara ringkas dari Kolonel Doddy.
Pemerintah TUDB juga turut menyatakan penghargaan beliau kepada mantan Atase Pertahanan tersebut semasa penugasan beliau yang menyaksikan hubungan di antara TUDB dan TNI-AU menjadi semakin kukuh. Beliau seterusnya membincangkan mengenai perancangan masa hadapan bagi kedua organisasi terutama sekali kolaborasi dalam bidang keupayaan dan latihan. Beliau berharap untuk membina hubungan kerja yang baik bersama Kolonel Doddy dan yakin beliau akan meneruskan usaha-usaha dalam memperbaiki hubungan pertahanan tersebut.
Agenda lain yang turut dibincangkan adalah mengenai langkah-langkah yang diterapkan di rantau ini yang disebabkan oleh COVID-19, yang telah menghadkan interaksi dua hala dan berbagai hala kepada secara maya. Kedua belah pihak menekankan kepentingan perjumpaan secara fizikal dan berharap agar interaksi sedemikian akan dapat diungkayahkan dalam masa terdekat tertakluk kepada situasi pandemik tersebut.