Rimba Air Force Base, Tuesday, 5 December 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim received a Farewell Call from the outgoing Defence Adviser (DA) of Australia to Brunei Darussalam, Wing Commander Matt Charles Xerri.
In the session, the outgoing DA expressed his gratitude to the Commander of RBAirF for all the support and assistance that was provided during his tenure in the country. The Commander of RBAirF also discussed areas of common interest between RBAirF and the RAAF, especially on capability and training development. It has shown through initiatives such as the Familiarization Flight of the RAAF P-8A Aircraft, as part of the strong bilateral cooperation between RBAirF and RAAF.


PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI PENASIHAT PERTAHANAN AUSTRALIA
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 5 Disember 2023 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Perpisahan dari Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam, Wing Commander Matt Charles Xerri, yang akan menamatkan perkhidmatannya di negara ini.
Dalam sesi tersebut, Penasihat Pertahanan Australia menyatakan penghargaan beliau kepada Pemerintah TUDB di atas kesemua bantuan dan kerjasama yang diberikan terutama sekali dari pihak TUDB. Pemerintah TUDB juga membincangkan beberapa bidang yang mempunyai kepentingan diantara TUDB dan Tentera Udara Diraja Australia terutamanya dalam perkembangan keupayaan dan latihan. Ini telah ditunjukkan melalui inisiatif seperti penerbangan suai kenal bagi pesawat RAAF P-8A sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala yang kukuh antara TUDB dan Tentera Udara Diraja Australia.
