RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 18 January 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim received a Farewell Call from the outgoing Defence Attaché (DA) of Republic of The Philippines to Brunei Darussalam, Colonel Angelo Gerard P Ariles, PN(M), (GSC).
In the session, the outgoing DA expressed his gratitude to the Commander of RBAirF for all the support and cooperation that was provided during his tenure in the country. The Commander of RBAirF also discussed areas of common interest between RBAirF and the Philippines Air Force (PAF), especially on capability and training development. It has shown through these initiatives, it further strengthens the bilateral cooperation between RBAirF and PAF.


PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK FILIPINA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 18 Januari 2024 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Perpisahan dari Atase Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Angelo Gerard P Ariles, PN(M), (GSC)., yang akan menamatkan perkhidmatannya di negara ini.
Dalam sesi tersebut, Atase Pertahanan Republik Filipina menyatakan penghargaan beliau kepada Pemerintah TUDB di atas kesemua bantuan dan kerjasama yang diberikan terutama sekali dari pihak TUDB. Pemerintah TUDB juga membincangkan beberapa bidang yang mempunyai kepentingan diantara TUDB dan Tentera Udara Filipina (TUF) terutamanya dalam perkembangan keupayaan dan latihan. Ini telah ditunjukkan melalui pelbagai inisiatif, ianya mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara TUDB dan TUF.
