​RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 30 May 2023 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) received a courtesy call from PT Dirgantara Indonesia (PTDI). Accompanying the PTDI representatives was Mr. Bonnie Sastranegara, Counsellor from the Embassy of The Republic of Indonesia in Brunei Darussalam. In attendance was RBAirF Head of Capability Development Cell.

During the session, Commander RBAirF expressed his appreciation to PTDI for coming to Brunei Darussalam and supporting the RBAF 62nd Anniversary. He also highlighted the importance of the long standing relationship between RBAirF and PTDI over the years. PTDI representatives expressed their gratitude to Commander RBAirF for inviting them and looking forward to do more projects together with RBAirF in the future.

PTDI is one of the indigenous aerospace companies in Asia with core competences in aircraft design and development, aircraft structure manufacturing, aircraft production, and aircraft services for both civilian and military of light and medium aircraft.


PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN KERJA DARIPADA DIRGANTARA INDONESIA.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 30 Mei 2023 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan lawatan kerja daripada PT Dirgantara Indonesia (PTDI). Mengiringi wakil PTDI ialah Tuan Bonnie Sastranegara, Kaunselor dari Kedutaan Besar Republik Indonesia di Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Ketua Sel Pembangunan Keupayaan TUDB.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB merakamkan penghargaan kepada PTDI kerana datang ke Negara Brunei Darussalam dan sokongan bagi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-62. Beliau juga menekankan kepentingan hubungan antara TUDB dan PTDI yang telah terjalin sekian lama. Wakil PTDI merakamkan ucapan terima kasih kepada Pemerintah TUDB kerana menjemput mereka dan berhasrat bagi peluang untuk melakukan projek bersama TUDB pada masa akan datang.

PTDI ialah salah satu syarikat aeroangkasa di Asia yang kompeten dalam reka bentuk dan pembangunan pesawat, pembuatan struktur pesawat, pengeluaran pesawat, dan perkhidmatan pesawat untuk kedua-dua pesawat awam dan tentera.