RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 30 December 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Family Day to conclude the year 2022, which was held from Thursday, 29 December 2022 to Friday, 30 December 2022 at the Rimba Air Force Base (Rimba AFB). This Family Day event was open to RBAirF family members.

The two-day event included fun fair activities, Bazaar Stalls and RBAirF Static Display which provided opportunities for family interactions. These activities are hoped to instill family values in RBAirF personnel whilst appreciating the support they have given to the airmen and airwomen as well as giving opportunity for small local businesses to promote their products.  

This Family Day event is aimed to strengthen the bond amongst RBAirF personnel and family ties towards achieving the organisation’s vision and mission.


TUDB MENUTUP TIRAI TAHUN 2022 DENGAN SAMBUTAN HARI KELUARGA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 30 Disember 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga sempena menutup tirai tahun 2022, selama dua hari, bermula dari hari Khamis, 29 Disember 2022 sehingga hari Juma’at, 30 Disember 2022 di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Sambutan tersebut dibukakan kepada ahli keluarga anggota-anggota TUDB.

Sambutan yang dikendalikan selama dua hari ini merangkumi pelbagai aktiviti fun fair, jualan Bazar serta Pameran-pameran Statik TUDB yang memberikan peluang bagi pelbagai interaksi bersama keluarga. Aktiviti-aktiviti yang ada diharap akan memberikan semangat kekeluargaan sesama warga TUDB, sebagai satu penghargaan diatas sokongan yang telah mereka berikan kepada anggota-anggota TUDB, serta memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Sambutan Hari Keluarga ini bermatlamat bagi mengukuhkan silaturrahim antara warga TUDB serta keluarga ke arah mencapai visi dan misi organisasi.​