BRUNEI MUARA, Friday, 10 December 2021 – RBAirF conducted cleaning campaigns to spruce up Masjid Kampong Panchor Murai and Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar as part of a community outreach activity in conjunction with the RBAF’s Diamond Jubilee Anniversary.

The campaigns were led by Lieutenant (U) Ahmad Wafiy bin Muhammad Murat at Masjid Kampong Panchor Murai and Staff Sergeant (U) Md Kamali bin Hj Kadir at Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar alongside 32 personnel from Support Group RBAirF who were then divided into 2 groups to conduct the cleaning campaign at both locations simultaneously. Local villagers and mosque committee members were also present.

The cleaning campaign for both mosques were first blessed with a doa recitation by Syafiq bin Hj Md Sofian and Mohammad Endy bin Hj Masri, the imams at Masjid Kampong Panchor Murai and Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar respectively, which was then followed by cleaning the compound and surroundings.

Additionally, since the country is currently in the transition phase and to ensure the safety and welfare of all those involved, the cleaning campaign was conducted in accordance to COVID-19 SOPs and guidelines provided by the Ministry of Health.

Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar


Cleaning Campaign activities at Masjid Kampong Panchor Murai


TUDB MELAKSANAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI MASJID SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN ABDB

BRUNEI MUARA, Jumaat, 10 Disember 2021 – TUDB telah melaksanakan aktiviti kempen kebersihan bertempat di dua lokasi masjid iaitu Masjid Kampong Panchor Murai dan Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar. Aktiviti ini dibuat sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan ABDB.

Kempen kebersihan dijalankan secara serentak di kedua-dua masjid yang diketuai oleh Leftenan (U) Ahmad Wafiy bin Muhammad Murat di Masjid Kampong Panchor Murai dan Staff Sarjan (U) Md Kamali bin Hj Kadir di Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar bersama dengan 32 anggota daripada Kumpulan Bantu TUDB yang terdiri daripada dua kumpulan. Ahli Jawatankuasa masjid bersama penduduk kampong juga turut hadir bagi kempen tersebut.

Kempen kebersihan tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa daripada Yang Mulia Syafiq Bin Hj Md Sofian, Imam Masjid Kampong Panchor Murai dan Yang Mulia Mohammad Endy Bin Hj Masri, Imam Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar. Aktiviti kempen kebersihan dibuat di kawasan sekeliling bangunan dan halaman kedua – dua masjid.

Memandangkan keadaan negara berada dalam Fasa Peralihan pada masa ini, sebagai langkah penjagaan kebajikan dan kesihatan anggota yang terlibat, kempen kebersihan tersebut dilaksanakan mengikut garispandu pencegahan COVID-19 dari Kementerian Kesihatan. 

Cleaning Campaign activities at Masjid PSB SOAS, Kampong Katimahar