Bandar Seri Begawan, Tuesday, 13 July 2021 – Preparation for Grand Parade in conjunction with the 75th Birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam started to gear up since 5th July 2021 and 13th July 2021 marks the final preparation for the event. To enliven the celebration of the anniversary, RBAirF participates in pride march and fly-past. The parade rehearsal began at First Battalion RBLF Parade Square and proceeded to Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
RBAirF’s involvement for the celebration consists of 141 personnel for pride march and 36 personnel involves in the fly-past. The spirit of patriotism and national pride are hope to show during the celebration on 15 July 2021.



TUDB GIAT MEMBUAT PERSIAPAN BAGI ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN BAGI MEMPERINGATI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Bandar Seri Begawan, Selasa, 13 Julai 2021 – Persiapan bagi Istiadat Perbariasn Kehormatan Bagi Memperingati Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-75 Bagi Tahun 2021 giat dijalankan bermula 5 Julai 2021 dan 13 Julai 2021 merupakan persiapan terakhir untuk acara tersebut. TUDB turut serta menyemarakkan upacara tersebut dalam perbarisan lalu dan pertunjukkan penerbangan lalu. Latihan perbarisan bermula di Padang Kawad 1Bn TDDB dan kemudian diikuti di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Penglibatan TUDB bagi sambutan tersebut terdiri daripada 141 anggota kawad dan 36 anggota bagi pertunjukkan penerbangan lalu. Semangat patriotisme serta kesungguhan anggota-anggota dalam persiapan ini diharap akan dapat memberikan yang terbaik pada Hari Kemuncak pada 15 Julai 2021 nanti.
