BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 14 July 2023 – Preparation for Grand Parade in conjunction with the 77th Birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam started to gear up since 27 June 2023 and 13 July 2023 marks the final preparation for the event. To enliven the celebration of the anniversary, RBAirF participates in pride march and fly-past. The parade rehearsal began at Royal Brunei Air Force (RBAirF) Headquarters Parade Square and proceeded to Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

RBAirF’s involvement for the celebration consists of 134 personnel for the parade march and 32 personnel involved in the fly-past. The spirit of patriotism and national pride are hoped to show during the celebration on 15 July 2023.


TUDB GIAT MEMBUAT PERSIAPAN BAGI ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN BAGI MEMPERINGATI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Juma’at, 14 Julai 2023 – Persiapan bagi Istiadat Perbarisan Kehormatan Bagi Memperingati Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Bagi Tahun 2023 giat dijalankan bermula 27 Jun 2023 dan 13 Julai 2023 merupakan persiapan terakhir untuk acara tersebut. Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) turut serta menyemarakkan upacara tersebut dalam perbarisan lalu dan pertunjukkan penerbangan lalu. Latihan perbarisan bermula di Padang Kawad Markas TUDB dan kemudian diikuti di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Penglibatan TUDB bagi sambutan tersebut terdiri daripada 134 anggota kawad dan 32 anggota bagi pertunjukkan penerbangan lalu. Semangat patriotisme serta kesungguhan anggota-anggota dalam persiapan ini diharap akan dapat memberikan yang terbaik pada Hari Kemuncak pada 15 Julai 2023 nanti.