RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 20 July 2022 –
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Headquarters held briefing on Counselling and Anti-Drugs Awareness (TEKAD) and Occupational Health and Safety (OHS). The briefing was delivered by Captain (U) Pengiran Muhammad Hassanal Arif bin Pengiran Ali Sham, Staff Officer Grade 3 A1 (Administration) appointed as Unit Narcotics Control Committee for RBAirF and OHS Officer for RBAirF Headquarters.
TEKAD aim to enhance and foster awareness on matters related to drug abuse, such as types of drugs, disadvantages of drugs, punishment for members involved in drug abuse. In addition, OHS briefing aim to provide understanding and knowledge to increase the level of Health and Safety awareness at the workplace among TUDB members. The briefing ended with a question-and-answer session and discussion to get the understanding of the attendees on the importance of TEKAD and OHS practices in RBAirF.
The briefing held once a year to raise awareness on drugs usage and importance of safety at work for the personnel. Similar briefing was cascaded to groups headquarters and wing level delivered by their Admin Officer and appointed OHS Officer to reach RBAirF personnel as a whole.

MARKAS TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN TAKLIMAT BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN MEMBERI PERINGATAN BAGI KEPENTINGAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 20 Julai 2022 – Markas Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Taklimat Kesedaran Kaunseling dan Anti Dadah (TEKAD) dan Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK). Taklimat disampaikan oleh Kapten (U) Pengiran Muhammad Hassanal Arif bin Pengiran Ali Sham, Penolong Timbalan Pegawai Turus A1 (Pentadbiran) yang dilantik selaku Setiausaha bagi
Jawatankuasa Kawalan Narkotik Unit (JKNU) bagi TUDB dan Pegawai KKK bagi Markas TUDB.
Taklimat ini diadakan bertujuan bagi mempertingkatkan dan memupuk kesedaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyalahangunaan dadah, seperti jenis-jenis dadan, keburukan dadan, hukuman kepada anggota yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Selain itu, Taklimat KKK bertujuan untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan untuk meningkatkan tahap kesedaran Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja di kalangan anggota-anggota TUDB. Taklimat diakahiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan bagi memastikan kefahaman mengenai penyalahgunaan dadah dan kepentingan bagi mempraktikkan keselamatan di tempat kerja bagi anggota Markas TUDB.
Taklimat seumpama ini diadakan sekali bagi setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah dan kepentingan keselamatan di tempat kerja. Taklimat yang sama turut diadakan di setiap markas kumpulan dan cawangan yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir dan Pegawai KKK yang dilantik di tempat masing-masing bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada setiap anggota TUDB secara menyeluruh.
