
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 20 October 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) organized a 2023 Volleyball Competition which took place at the RBAirF Sport Complex in Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Present as the Guest of Honour was Colonel (U) Hj Mohd Albadii Shahnoel bin Hj Mohd Noeh, Chief of Staff, RBAirF, alongside Senior Officers, Officers, and military personnel of RBAirF. Seven teams participated in the competition, including RBAirF Headquarters, No. 1 Wing, No. 3 Wing, No. 4 Wing, No. 5 Wing, No. 6 Wing, and No. 7 Wing.
The event commenced with a group photo and initiated with an engaging Friendly Match between the Chief of Staff’s Team and the Commander Support Group’s Team. This was followed by an exhilarating final match between No. 5 Wing and No. 7 Wing. The event concluded with the presentation of medals and the championship trophy by the Guest of Honour, ultimately declaring No. 5 Wing as the 2023 Volleyball Competition champion. Second place was secured by No. 7 Wing, while RBAirF Headquarters achieved third place.
The event, in addition to its celebration of sporting excellence, was dedicated to promoting a healthy lifestyle, fostering a spirit of healthy competitiveness and teamwork, and bolstering the camaraderie among the officers and non-commissioned officers (NCOs) of RBAirF.

TUDB MENGANJURKAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 20 Oktober 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menganjurkan Perlawanan Bola Tampar tahun 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Hadir sebagai Tetamu Kehormat adalah Kolonel (U) Hj Mohd Albadii Shahnoel bin Hj Mohd Noeh, Ketua Staf, TUDB. Turut hadir bersama ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan anggota TUDB. Tujuh pasukan telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini, termasuk Markas TUDB, Cawangan No. 1, Cawangan No. 3, Cawangan No. 4, Cawangan No. 5, Cawangan No. 6, dan Cawangan No. 7.
Acara ini dimulakan dengan bergambar ramai dan diteruskan dengan Perlawanan diantara Pasukan Ketua Staf dan Pasukan Pemerintah Kumpulan Bantu. Ini diikuti dengan perlawanan akhir yang mendebarkan antara Cawangan No. 5 dan Cawangan No. 7. Acara ini disempurnakan dengan penyampaian pingat dan piala juara oleh Tetamu Kehormat, yang mana, Cawangan No. 5 berjaya menjadi juara Perlawanan Bola Tampar Peringkat TUDB tahun 2023. Tempat kedua diraih oleh Cawangan No. 7, sementara Markas TUDB mencapai tempat ketiga.
Selain menjadi acara perayaan prestasi sukan, acara ini juga bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat bersaing yang sihat dan kerjasama berpasukan, serta mengukuhkan ikatan di kalangan Pegawai dan Lain-lain Peringkat di TUDB.
