BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 08 September 2022 – In conjunction with Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted the Cemetery Cleaning Campaign Project at different locations as part of its community outreach programme today. The cleaning campaign project was de-centralized to four different locations namely, Kianggeh Muslim Cemetery, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Cemetery, Pulaie Muslim Cemetery and Kampong Lumapas Cemetery.

Present during the event at the Kianggeh Muslim Cemetery was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also in attendance at respective locations were RBAirF Board of Executive members, Officers, personnel of the RBAirF and family members of the departed.

The event started with a cleaning campaign of the cemetery area and followed by the recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah for the departed personnel of RBAirF. The event concluded with the pouring of air asah-asahan over selected graves.

This project is part of the Community Outreach Programme aimed to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBAirF personnel and as well as to encourage to desire the serve and contribute to the society.






TUDB MENGENDALIKAN PROJEK MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN SEMPENA HUT ABDB KE-61

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 08 September 2022 – Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-61, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menjalankan salah satu program khidmat masyarakat iaitu Projek Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan di beberapa kawasan-kawasan tanah perkuburan pada hari ini. Projek tersebut dikendalikan secara serentak di empat kawasan tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Tanah Perkuburan Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Tanah Perkuburan Islam Pulaie dan Tanah Perkuburan Kampong Lumapas.

Hadir pada acara di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama di lokasi yang berlainan adalah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota TUDB dan ahli keluarga anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah.

Acara dimulakan dengan kempen kebersihan dikawasan tanah perkuburan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara diakhiri dengan menyiram air asah-asahan.

Projek yang dikendalikan merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.​