RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 30 June 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Korban and Aqiqah Ceremony at Punai Hall, Rimba Air Base (RAB) today. The highlight of the ceremony was the distribution of korban and aqiqah meat packs and prepared food packs as charity to those who were in need of more than 130 people residing in Kampong Rimba.

A total of 05 buffaloes and 07 goats were sacrificed this year as participation were most welcomed by both RBAirF personnel and families as a gesture towards giving thanks to Allah S.W.T for all His blessings and to share those blessings with others who are in need.

The ceremony started off with the mass recitation of Surah Al-Fatihah, Eid Ul Adha Takbir and Asmaul Husna that was led by the Religious Officer of RBAirF. The of Guest of Honour, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF then led the distribution of korban and aqiqah meat packs followed by the Board Executives of RBAirF. Also in attendance to witness the ceremony were the Senior Officers, Officers, Non-Commissioned Officers and representatives of Kampong Rimba village heads.

The ceremony was closed with the recitation of Doa Selamat and lunch with all invited guests to further commemorate and enliven the spirit of the Eid Ul Adha celebration.






TUDB MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA TAHUN 1444H/2023M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 30 Jun 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah pada hari ini. Majlis dimeriahkan dengan pengagihan daging korban dan aqiqah dan bungkusan makanan kepada lebih dari 130 jemputan-jemputan khas yang bermastautin di Kampong Rimba.

Sebanyak 05 ekor kerbau dan 07 ekor kambing telah dikorbankan pada tahun ini hasil dari sambutan penyertaan yang terdiri daripada anggota TUDB serta keluarga sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T bagi segala nikmat yang telah diberikan dan mengongsikan nikmat tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, laungan Takbir Hari Raya dan Asmaul Husna yang dipimpin oleh Pegawai Ugama TUDB. Tetamu Kehormat majlis, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB mendahulukan pengagihan daging korban dan aqiqah yang seterusnya diikuti oleh Badan Eksekutif TUDB. Turut hadir bagi menyaksikan pengagihan tersebut adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Anggota Tentera dan wakil daripada Ketua-Ketua Kampong Rimba.

Majlis seterusnya ditutup dengan bacaan Doa Selamat dan makan tengah hari yang telah disediakan dengan jemputan-jemputan yang hadir bagi memeriahkan dan menyerikan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha.