BRUNEI MUARA, Thursday, 23 December 2021 – RBAirF held cleaning campaigns to spruce up Masjid Kampong Bunut and Masjid Kampong Kilanas, as part of a community outreach activity in conjunction with the RBAF’s Diamond Jubilee Anniversary.

The campaign were led by Lieutenant (U) Muhammad Dzulfadhli bin Bahrin at Masjid Kampong Bunut and Warrant Officer 2 (U) Mohammad Alme bin Haji Md Daud at Masjid Kampong Kilanas, alongside 36 personnel from No. 7 Wing RBAirF who were then divided into two groups to conduct the cleaning campaign at both locations simultaneously. Local villagers and mosque committee members were also present.

The cleaning campaign for both mosques commenced with the recitation of doa by Imam Haji Sabtu bin Haji Abdullah and Imam Awang Muhammad Fahmie bin Haji Awg Metussin, the imams at Masjid Kampong Bunut and Masjid Kampong Kilanas respectively, which were then followed by cleaning the compound and surroundings.

Additionally, since the country is currently in the initial Endemic Phase and to ensure the safety and welfare of all those involved, the cleaning campaign was conducted in accordance with the COVID-19 SOPs and guidelines provided by the Ministry of Health.


TUDB MELAKSANAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI MASJID SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN ABDB

BRUNEI MUARA, Khamis, 23 Disember 2021 – TUDB telah melaksanakan aktiviti kempen kebersihan bertempat di dua lokasi masjid iaitu Masjid Kampong Bunut dan Masjid Kampong Kilanas. Aktiviti ini dibuat sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan ABDB.

Kempen kebersihan dijalankan secara serentak di dua masjid yang diketuai oleh Leftenan (U) Muhammad Dzulfadhli bin Bahrin Masjid Kampong Bunut dan Pegawai Waran 2 (U) Mohammad Alme bin Haji Md Daud di Masjid Kampong Kilanas bersama dengan 36 anggota daripada Cawangan No. 7 TUDB yang dibahagi kepada dua kumpulan. Ahli Jawatankuasa Masjid bersama penduduk kampong juga turut hadir bagi kempen tersebut.

Kempen kebersihan tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Haji Sabtu bin Haji Abdullah, Imam Masjid Kampong Bunut dan Imam Awang Muhammad Fahmie bin Haji Awg Metussin, Imam Masjid Kampong Kilanas. Aktiviti kempen kebersihan dibuat di kawasan sekeliling bangunan dan halaman kedua – dua masjid.

Memandangkan Negara sedang berada dalam Fasa Awal Endemik pada masa ini dan sebagai langkah penjagaan kebajikan dan kesihatan anggota yang terlibat, kempen kebersihan tersebut dilaksanakan mengikut garispandu pencegahan COVID-19 dari Kementerian Kesihatan.