RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 12 September 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted its first annual steering committee meeting between the RBAirF and the Department of Civil Aviation (DCA) at Bubut Room, RBAirF HQ. It was hosted and chaired by Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, together with the Board of Executive members and working group members from RBAirF. Present from DCA was Yang Mulia Haji Mohamad Azlan bin Haji Mohammad Junaidi, Acting Director of DCA and also other members of the DCA board members.
The annual meeting began with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the secretary of the steering committee, Major (U) Mohamad Azmi bin Haji Afflon, followed by the opening remarks from the co-chairs Commander of RBAirF and followed by Acting Director of DCA. The purpose of this meeting is to revive the committee after a long hiatus due to the COVID-19 pandemic. This steering committee annual meeting is a stepping stone in tabling any outstanding aviation matters and related discussions. It is also to provide a platform for close and constant collaboration in a formalised manner.
The agenda during this meeting were Terms of Reference (TOR) for both the steering committee and the working group; gaps that can be improved; sessions of the meetings; hosting units; report and minutes of meeting; ownership for the lists of documents and agreements that has been produced or under review; and to develop any new projects between RBAirF and DCA for better aviation environment.
This initiative aims to instil benefits for the users, aviators and ground staff members to inculcate a conducive working environment in Brunei Darussalam. The meeting concluded with closing remarks from the co-chairmen before the recitation of Surah Al-‘Asr.


TUDB MENGADAKAN MESYUARAT TAHUNAN JAWATANKUASA PANDU YANG PERTAMA BAGI TAHUN 2022
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 12 September 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menganjurkan Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Pandu yang pertama pada tahun ini di antara TUDB dan Jabatan Penerbangan Awam di Bilik Bubut, Markas TUDB. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB berserta ahli-ahli Lembaga pengarah dan ahli kumpulan kerja dari TUDB. Mewakili pihak Jabatan Penerbangan Awam ialah Yang Mulia Haji Mohamad Azlan bin Haji Mohammad Junaidi, Pemangku Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan ahli-ahli Lembaga Jabatan Penerbangan Awam.
Mesyuarat tahunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh setiausaha jawatankuasa pandu, Mejar (U) Mohamad Azmi bin Haji Afflon dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada pengerusi bersama Pemerintah TUDB dan Pemangku Pengarah Jabatan Penerbangan Awam. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menghidupkan semula jawatankuasa yang tergendala sewaktu pandemik COVID-19. Mesyuarat ini adalah platform untuk isu-isu penerbangan yang tertunggak dan perbincangan yang berkaitan dengannya. Ia juga merupakan peringatan untuk kedua-dua pihak tentang kerjasama yang erat dan berterusan.
Agenda semasa mesyuarat ini adalah Terma Rujukan (TOR) untuk kedua-dua jawatankuasa pandu dan kumpulan kerja; permasalahan yang boleh diperbaiki; sesi mesyuarat; unit hosting; laporan dan minit mesyuarat; pemilik bagi senarai dokumen dan perjanjian yang telah dikemukakan atau dalam semakan; dan untuk membangunkan sebarang projek baharu diantara TUDB dan Jabatan Penerbangan Awam untuk persekitaran penerbangan yang lebih baik.
Ini adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk memupuk manfaat kepada pengguna, penerbang dan kakitangan darat untuk persekitaran kerja yang kondusif di Negara Brunei Darussalam. Akhir sekali, mesyuarat tahunan jawatankuasa pemandu pertama diakhiri dengan ucapan penutup daripada pengerusi bersama Pemerintah TUDB dan Pemangku Pengarah Jabatan Penerbangan Awam sebelum bacaan Surah Al-‘Asr.
