RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 12 November 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 57 pupils and five teachers from Sekolah Rendah Mabohai Kluster 2, alongside 38 pupils and four teachers from Sekolah Rendah Pulaie Kluster 3, for an educational visit to Rimba Air Force Base.

Organised to broaden the students’ horizons regarding local institutions and career pathways, the programme commenced with a Safety Briefing at Hangar A. The delegation then toured static displays showcasing RBAirF aircraft, assets, and specialised equipment.

During the tour, RBAirF personnel briefed the students on their respective units’ operational roles and responsibilities. The pupils also engaged actively with service members, gaining firsthand insights into military aviation in an interactive setting.

This initiative offered students practical exposure while fostering an early appreciation of the RBAirF’s vital contributions to national defence. The RBAirF remains steadfast in its commitment to community outreach and educational programmes that inspire Brunei’s younger generation.

TUDB MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA SEKOLAH RENDAH MABOHAI KLUSTER 2 DAN SEKOLAH RENDAH PULAIE KLUSTER 3

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 12 November 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada seramai 57 orang murid dan lima orang guru pengawas dari Sekolah Rendah Mabohai Kluster 2, berserta 38 orang murid dan empat orang guru pengawas dari Sekolah Rendah Pulaie Kluster 3 ke Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Lawatan yang dianjurkan bagi meluaskan pengetahuan para pelajar mengenai institusi tempatan serta peluang kerjaya ini dimulakan dengan sesi Taklimat Keselamatan di Hangar A. Rombongan tersebut kemudiannya dibawa meninjau pameran statik yang mempamerkan pesawat, aset, serta peralatan khusus milik TUDB.

Semasa tinjauan tersebut, anggota TUDB telah memberikan penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab operasi unit masing-masing. Para murid juga berpeluang berinteraksi secara aktif bersama anggota, sekali gus menimba pengalaman serta pengetahuan secara langsung mengenai bidang penerbangan ketenteraan.

Inisiatif ini memberikan pendedahan praktikal kepada para pelajar di samping memupuk pemahaman awal mengenai sumbangan penting TUDB terhadap pertahanan negara. TUDB sentiasa komited dalam menyokong penglibatan kemasyarakatan dan program pendidikan yang dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda.