SINGAPORE, Thursday, 18 August 2022 – Air Warfare Officer (AWO) course is a six months course which began in February until August 2022. Conducted by Republic of Singapore Air Force (RSAF), it took place in Air Force Training Command (AFTC) and Chong Pang Camp (CPC) with a total of 44 trainees. Representing Royal Brunei Air Force (RBAirF) was Captain (U) Mohammad Izzat Akmal bin Hj Yaakub of 238 Squadron, No. 2 Wing, RBAirF.
Captain (U) Mohammad Izzat Akmal officially graduated along with other courses in the RSAF Combined Graduation Ceremony (RCGC) which was held today at AFTC where the ceremony’s Guest of Honor was Major General Kelvin Khong Boon Leong, Singapore Chief of Air Force and also present was Lieutenant Colonel Azman bin Hj Peizan, Defense Advisor of Brunei Darussalam.
Similar to other courses, all will begin with theory. Initially exposing trainees with system knowledge and safety for both Robotsystem 70 (RBS-70) and Portable Search and Target Acquisition Radar (PSTAR) gradually progressing towards hands-on training with both systems. Safety was stressed as the primary priority when teaching trainees how to deploy and operate. Additionally, trainees developed their abilities in all phases of Air Defense deployment – Preparation, Movement, Occupation, Operation & Cease – enhancing the capability of Short Range Air Defense (SHORAD) system, these provided trainees with the basic foundations of being an Air Defense Officer.

PEGAWAI TUDB MENAMATKAN KURSUS AIR WARFARE OFFICER DI REPUBLIK SINGAPURA
SINGAPURA, Khamis, 18 Ogos 2022 – Air Warfare Officer (AWO) adalah kursus asas pertahanan udara pegawai yang dikendalikan oleh Republic of Singapore Air Force (RSAF). Kursus ini bermula pada bulan Februari hingga Ogos 2022 dan berlangsung di Air Force Training Command (AFTC) dan Chong Pang Camp (CPC) dengan seramai 44 peserta. Mewakili Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ialah Kapten (U) Mohammad Izzat Akmal bin Hj Yaakub dari Skuadron 238, Cawangan No. 2, TUDB.
Kapten (U) Mohammad Izzat Akmal secara rasminya telah menamatkan kursus bersama cawangan kursus yang lain dalam Majlis RSAF Combined Graduation Ceremony (RCGC) yang telah diadakan pada hari ini di AFTC di mana Tetamu Kehormat majlis adalah Mejar Jeneral Kelvin Khong Boon Leong, Pemerintah RSAF dan turut hadir bersama adalah Leftenan Kolonel Azman bin Hj Peizan, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam di Singapura untuk menyaksikan upacara tersebut.
Seperti lazimnya, setiap kursus akan bermula dengan teori. Bermula dengan pengenalan, pengetahuan dan keselamatan apabila menggunakan kedua-dua sistem iaitu Robotsystem 70 (RBS-70) dan Portable Search and Target Acquisition Radar (PSTAR). Kemudian, kursus dijalankan secara beransur-ansur membawa ke arah latihan praktikal. Keselamatan ditekankan sebagai keutamaan apabila menggunakan dan mengendalikan sistem. Selain itu, anggota kursus mengembangkan kebolehan mereka dalam semua fasa penempatan Pertahanan Udara – Persediaan, Pergerakan, Menduduki, Operasi & Berhenti – meningkatkan keupayaan sistem Short Range Air Defense (SHORAD), ini menyediakan anggota asas untuk menjadi seorang Pegawai Pertahanan Udara.