​REPUBLIC OF SINGAPORE,
Thursday, 22 February 2024 – The Military UAV Technology Summit 2024 was held at the Aloft Singapore Novena, Republic of Singapore from 21 to 22 February 2024. The theme for the summit was “Embracing a New Chapter in the Era of Drone Warfare”. Representing the Royal Brunei Air Force (RBAirF) was Lieutenant Colonel (U) Mohammad Anwar Shah bin Haji Napiah, Commanding Officer No. 3 Wing, RBAirF.

Whilst allowing exchanges in knowledge and experience among participants, another aim of the summit was to also share advancements as well as developments in UAV technology to maximise its use in collaboration with high-tech military assets.

A number of presentations were delivered by high-profile military spheres, subject matter experts and industry leaders. With the use of real-world cases, among the topics discussed were; how to adapt the UAV platforms through innovation; and how to gain an advantage in deploying an effective UAV for successful military missions.

PEGAWAI TUDB MENYERTAI

MILITARY UAV TECHNOLOGY SUMMIT

2024

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis,
22 Februari
2024
Military UAV Technology Summit 2024 telah diadakan bertempat di Aloft Singapore Novena, Republik Singapura dari 21 – 22 Februari 2024. Tema pada persidangan ini adalah “Embracing a New Chapter in the era of Drone Warfare“. Turut hadir bagi mewakili Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ialah Leftenan Kolonel (U) Mohammad Anwar Shah bin Haji Napiah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3, TUDB.

Disamping membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan peserta-peserta yang hadir, objektif lain persidangan tersebut adalah berkongsi kemajuan dan perkembangan terkini teknologi
UAV bagi memaksimalkan penggunaannya secara berkolaborasi bersama aset tentera berteknologi tinggi.

Beberapa pembentangan telah disampaikan oleh anggota-anggota tentera yang berprofil tinggi, pakar subjek dan pemimpin industri. Dengan berlatarbelakangkan pengalaman dan kes-kes semasa dunia, antara topik-topik yang telah dibincangkan adalah; cara menyesuaikan penggunaan
UAV melalui inovasi; dan kelebihan yang diperolehi dalam pengunaan
UAV yang berkesan bagi menjalankan misi-misi ketenteraan dengan jayanya.