Bandar Seri Begawan, Thursday, 07 October 2021 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Virtual Teleconference (VTC) for the opening ceremony for Dikir Maulud 1443H / 2021M.
Joining the virtual ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.
Also present were Defence Executive Committee and RBAF Board of Executives, Senior Officers, Officers and Staff of Ministry of Defence and RBAF Personnel including a total of 50 Airmen.
The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Muhammad by Ustaz Mohd Nur Amin bin Hj Jali. The ceremony continued with a mass reading of Surah Yassin led by Major Ariffin bin Amit followed by Special Doa for COVID-19. The ceremony concluded with Dikir Marhaban led by Surau Al – Barakah Dikir group and Doa.
The ceremony was conducted in accordance to the guidelines given by the Ministry of Health to control the spread of COVID-19.
The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights hosted virtually by Surau Al – Barakah for RBAirF personnel to commemorate the birth of Prophet Mohammad (PBUH).

TUDB TURUT SERTA DALAM MAJLIS PEMBUKAAN MALAM BERDIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SAW 1443H
Bandar Seri Begawan, Khamis, 07 Oktober 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Pembukaan Malam Berdikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1443H secara dalam talian.
Menyertai majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut menyertai majlis adalah Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pertahanan dan Anggota ABDB termasuk 50 orang Anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Muhammad oleh Ustaz Mohd Nur Amin bin Hj Jali. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Mejar Ariffin bin Amit diikuti dengan Doa Khas untuk COVID-19. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban yang diketuai oleh kumpulan Dikir Surau Al – Barakah dan Doa.
Majlis ini dijalankan mengikut panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal penyebaran COVID-19.
Dikir Maulud akan diadakan secara berterusan selama 12 malam yang dihoskan oleh Surau Al – Barakah untuk anggota TUDB bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad (SAW).