​Rimba Air Force Base, Monday, 24 May 2021 – RBAirF participated in Sunnat Hajat Prayer and recitation of Doa Qunut Nazilah to seek protection and safety for the country and the people of Palestine today at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force  Base.

Present was Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, the Deputy Commander of RBAirF. Also present were Senior Officers, Officers and Airmen.

The event commenced with mass Maghrib prayer followed by Sunnat Hajat Prayer led by Warrant Officer 2 Shaipin bin Haji Abu Bakar. The event continued with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil and concluded with mass Isya prayer with Doa Qunut Nazilah at the end of rakaat.

The same prayer was held at all mosques and suraus throughout the country to pray for the safety and well-being of the Palestinian people.


TUDB TURUT SERTA MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BAGI RAKYAT DAN NEGARA PALESTIN

Pangkalan Tentera Udara Rimba , Isnin, 24 Mei 2021 – TUDB turut serta dalam mengadakan Sembayang Sunat Hajat dan bacaan Doa Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan dan keselamatan bagi rakyat dan negara Palestin yang diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir ialah Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan Sembayang Fardhu Maghrib dan diikuti dengan Sembayang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Waran 2 Shaipin bin Haji Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dan diakhiri dengan Sembayang Fardhu Isya dengan bacaan Doa Qunut Nazilah pada akhir rakaat.

Sembayang Sunat yang sama turut diadakan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara bagi memohon perlindungan keselamatan dan kesejahteraan untuk rakyat dan negara Palestin.