
BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 23 February 2022 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 39th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Participating in the parade, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) contingent with 347 personnel led by Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin. Representing the Royal Brunei Air Force (RBAirF) contingent with 39 personnel wearing various operational uniforms from RBAirF led by Major (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan. Meanwhile, 18 Airwomen of RBAirF participate in the Guard of Honour contingent. The celebration was enliven with a total of 06 RBAirF’s helicopter fly-past with diamond formations led by Captain (U) Muhd Adib bin Haji Hashim.
This 39th National Day celebration with the theme ‘Menjayakan Wawasan Negara’, the RBAirF presents the concept of the parade as a process of development towards modernization in terms of operations and human resources.


TUDB TURUT SERTA BAGI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-39
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Februari 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-39 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Menyertai perbarisan berjalan lalu, kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) seramai 347 anggota diketuai oleh Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin. Mewakili Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), kontinjen yang melibatkan 39 anggota berjalan lalu dengan pelbagai pakaian seragam TUDB diketuai oleh Mejar (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan. Bagi Kontinjen Kawalan Kehormatan, seramai 18 anggota wanita TUDB menyertai kontinjen tersebut. Sambutan dimeriahkan lagi dengan pertunjukan terbang lalu dari 6 buah pesawat helikopter TUDB dengan formasi Diamond yang diketuai oleh Kapten (U) Muhd Adib bin Haji Hashim.
Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 Tahun pada tahun ini dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’, TUDB mempersembahkan konsep proses perkembangan ke arah permodenan dalam aspek operasi dan sumber manusia.


