​​RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday,
31 May 2023
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the Royal Brunei Armed Forces in celebrating the RBAF 62nd Anniversary with other members of the Royal Family at the Rimba Air Force Base (Rimba AFB).


Participating in the parade were 931 personnel led by Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Roslie. Representing the Royal Brunei Air Force (RBAirF) were 281 personnel, led by Lieutenant Colonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Metassan and Major (U) Mohammad Adi Faiz bin Haji Abu Bakar. As part of the RBAirF tradition, the skies of Rimba AFB were enliven with the flypast, led by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Zulhusmi bin Pengiran Roslan flying the CN-235 and followed by a total of 06 RBAirF’s helicopter fly-past led by Captain (U) Mohamad Wafiy bin Haji Mohammad Salleh.


The celebration this year marks another milestone as 10 foreign aircrafts have flown and landed from different friendly forces, joining the Military Capability Static Display as well as various foreign aviation companies joined the Defence Industry Static Display. To further showcase the services under RBAF, a Public Static Display were also available for the public to visit.



TUDB TURUT SERTA BAGI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-62


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 31 Mei 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-62 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).


Menyertai perbarisan raksasa ialah anggota ABDB seramai 931 anggota diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Roslie. Mewakili kawalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ialah seramai 281 anggota yang dibahagikan kepada dua kawalan dan diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Metassan dan Mejar (U) Mohammad Adi Faiz bin Haji Abu Bakar. Secara lazimnya, pesawat-pesawat TUDB memeriahkan ruang udara PTU Rimba dengan pertunjukan terbang lalu yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Zulhusmi bin Pengiran Roslan, juruterbang bagi CN-235 dan diikuti dengan 06 buah pesawat helicopter TUDB yang diketuai oleh Mejar (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan.


Sambutan Hari Ulang Tahun pada tahun ini menandakan satu lagi kejayaan, yang mana 10 buah pesawat asing dari pelbagai Angkatan Tentera Sahabat mendarat di PTU Rimba. Ketibaan pesawat-pesawat tersebut dikhaskan bagi menyertai Pameran Statik Keupayaan Tentera dan pelbagai syarikat penerbangan asing menyertai Pameran Statik Industri Pertahanan. Bagi mempamerkan perkhidmatan yang ada dalam ABDB, Pameran Statik Awam turut dibuka bagi kunjungan orang ramai.