RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 09 August 2023
– The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 10th ASEAN
Air Force Education and Training Working Group (10th AAFET-WG) Meeting
with the theme of “Advancing Education and Training Exchanges for
Sustainable Environment Amongst ASEAN Air Forces”, which was hosted
virtually by the Myanmar Air Force (MAF) on 09 August 2023. From the
RBAirF, the delegation was led by Lieutenant Colonel (U) Pengiran
Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Commanding Officer of
No. 7 Wing, RBAirF. Other members of the delegation were Captain (U)
Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris, Training and Planning Officer
No. 7 Wing, RBAirF, and Captain (U) Mohd Aliff bin Haji Zulkifli, Acting
Staff Officer Grade 2 A7, RBAirF Headquarters.

The
meeting started with opening remarks from the Chairman, Brigadier
General Win Maung Thein, where he extended his warmest greetings and
appreciation to all participants as well as stating the purpose of the
meeting, which is to promote cooperation and coordination in providing
for education and training exchanges for a sustainable environment. The
meeting was then followed by the adoption of the meeting’s agenda,
presentations by each ASEAN Member States (AMS), endorsement of minutes
and finally the closing remarks by the Chairman in which he concluded by
handing over the chairmanship to the Royal Cambodian Air Force. During
the presentation session, AMS provided information on their effort in
achieving a sustainable environment in the Air Force, such as, the
mission and roles, policy and strategy, green energy application,
challenges faced and the way forward. In general, all AMS presented a
brief explanation on how they apply changes to the Air Force to achieve a
sustainable environment.  It was a very fruitful session where each AMS
was able to share and learn from each other.

The
AAFET-WG Meeting has always been a good platform for all ASEAN Air
Forces to exchange knowledge, information and experiences as well as
strengthen relationships. It is an opportunity to enhance mutual
understanding and cooperation to promote long-term relationships,
solidarity, prosperity, and regional interests.

 

TUDB MENYERTAI MESYUARAT ASEAN AIR FORCE EDUCATION AND TRAINING WORKING GROUP KE-10

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 09 Ogos 2023
– Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Mesyuarat ASEAN
Air Force Education and Training Working Group (AAFET-WG) ke-10 dengan
tema “Advancing Education and Training Exchanges for Sustainable
Environment Amongst ASEAN Air Forces”, yang dianjurkan secara maya oleh
Tentera Udara Myanmar pada 09 Ogos 2023. Delegasi TUDB diketuai oleh
Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad
Roslan, Pegawai Pemerintah, Cawangan No.7, TUDB. Ahli delegasi lain
terdiri dari, dan Kapten (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris,
Pegawai Latihan dan Rancangan, Cawangan No.7, TUDB, Kapten (U) Mohd
Aliff bin Haji Zulkifli, Pemangku Timbalan Pegawai Turus A7, Markas
TUDB.

Mesyuarat
dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pengerusi, Brigedier Jeneral
Win Maung Thein, di mana beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua peserta mesyuarat serta menyatakan tujuan mesyuarat iaitu
untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan dalam menyediakan
perkongsian pengetahuan dan latihan untuk memperkekalkan alam sekitar.
Mesyuarat kemudiannya diikuti dengan penetapan agenda mesyuarat,
pembentangan oleh negara-negara ASEAN, pengesahan minit mesyuarat dan
seterusnya ucapan penutup daripada Pengerusi yang diakhiri dengan
penyerahan jawatan pengerusi kepada Tentera Udara Diraja Kemboja. Semasa
sesi pembentangan, negara-negara ASEAN telah menyampaikan maklumat
tentang usaha bagi mengekalkan alam sekitar di dalam Tentera Udara
seperti misi dan peranan, dasar dan strategi, aplikasi sumber tenaga
yang bersih, cabaran yang dihadapi dan rancangan penyelesaian masa
hadapan. Secara umumnya, kesemua negara-negara ASEAN telah memberikan
penerangan ringkas tentang menerapkan perubahan bagi mengekalkan alam
sekitar di Tentera Udara mereka. Ia adalah satu sesi yang sangat
bermanfaat di mana setiap negara-negara ASEAN dapat berkongsi dan
belajar antara satu sama lain.

Mesyuarat
AAFET-WG ini sentiasa menjadi satu landasan yang baik untuk semua
Tentera Udara ASEAN dalam perkongsian maklumat, pengetahuan, dan
pengalaman serta mengeratkan lagi perhubungan. Ianya adalah satu peluang
meningkatkan persefahaman dan kerjasama untuk mempromosikan hubungan
jangka panjang, perpaduan, kemakmuran dan kepentingan serantau.