RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 16 September 2022 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 9th ASEAN Air Force Education and Training Working Group (9th AAFET-WG) Meeting with the theme of “Together for Peace and Stability of ASEAN”, which was hosted virtually by the Air Force Command, Lao People’s Army on 16 September 2022. From the RBAirF, the delegation was led by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Commanding Officer of No. 7 Wing, RBAirF. Other members of the delegation were Major (U) Abdul Hamiz bin Osman, Staff Officer Grade 2 A7, RBAirF Headquarters and Captain (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris, Training and Planning Officer No. 7 Wing, RBAirF.

The meeting started with opening remarks from the Chairman, Colonel Khamsouk Khamleuangthep where he extended his warmest greetings and appreciation to all participants as well as stating the purpose of the meeting, which is to share knowledge and experiences relating to education and training system. The meeting was then followed by the adoption of the meeting’s agenda, presentations on ‘Education and Training System’ by each ASEAN Member States (AMS), endorsement of minutes and finally the closing remarks by the Chairman in which he concluded by handing over the chairmanship to the Myanmar Air Force. During the presentation session, AMS provided information on their education and training system, such as the organisational structure, the mission and roles, policy and strategy, different types of trainings and exercises conducted, training cycles, challenges faced and the way forward. In general, all AMS presented a brief explanation on how they conduct training in their Air Forces training centers.  It was a very fruitful session where each AMS was able to share and learn from each other.

This AAFET-WG Meeting has always been a good platform for all ASEAN Air Forces to exchange knowledge, information and experiences as well as strengthen relationships. It is an opportunity to enhance mutual understanding and cooperation in order to promote long-term relationships, solidarity, prosperity and regional interests.





TUDB MENYERTAI MESYUARAT ASEAN AIR FORCE EDUCATION AND TRAINING WORKING GROUP KE-9

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Juma’at, 16 September 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Mesyuarat ASEAN Air Force Education and Training Working Group (AAFET-WG) ke-9 dengan tema “Together for Peace and Stability of ASEAN”, yang dianjurkan secara maya oleh Air Force Command, Lao People’s Army pada 16 September 2022. Delegasi TUDB diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Pegawai Pemerintah, Cawangan No.7, TUDB. Ahli delegasi lain terdiri dari Mejar (U) Abdul Hamiz bin Osman, Timbalan Pegawai Turus A7, Markas TUDB dan Kapten (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris, Pegawai Latihan dan Rancangan, Cawangan No.7, TUDB.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pengerusi, Kolonel Khamsouk Khamleuangthep di mana beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta mesyuarat serta menyatakan tujuan mesyuarat iaitu untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan sistem pendidikan dan latihan. Mesyuarat kemudiannya diikuti dengan penetapan agenda mesyuarat, pembentangan Sistem Pendidikan dan Latihan oleh negara-negara ASEAN, pengesahan minit mesyuarat dan seterusnya ucapan penutup daripada Pengerusi yang diakhiri dengan penyerahan jawatan pengerusi kepada Tentera Udara Myanmar. Semasa sesi pembentangan, negara-negara ASEAN telah menyampaikan maklumat tentang sistem pendidikan dan latihan mereka, seperti struktur organisasi, misi dan peranan, dasar dan strategi, latihan dan eksesais yang dijalankan, kitaran latihan, cabaran yang dihadapi dan rancangan penyelesaian masa hadapan. Secara umumnya, kesemua negara-negara ASEAN telah memberikan penerangan ringkas tentang tatacara pengendalian latihan di pusat latihan Tentera Udara mereka. Ia adalah satu sesi yang sangat bermanfaat di mana setiap negara-negara ASEAN dapat berkongsi dan belajar antara satu sama lain.

Mesyuarat AAFET-WG ini sentiasa menjadi satu landasan yang baik untuk semua Tentera Udara ASEAN dalam bertukar-tukar maklumat, pengetahuan, dan pengalaman serta mengeratkan lagi perhubungan. Ianya adalah satu peluang meningkatkan persefahaman dan kerjasama untuk mempromosikan hubungan jangka panjang, perpaduan, kemakmuran dan kepentingan serantau.