
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 15 September 2023 – The History of Early Islam workshop for military and civilian personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) organized by the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate
(JAMA’AT)
was conducted from 11 to 15 September 2023 at the Lecture Room 52 Squadron, Hangar A, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). A total of 11 personnel attended the workshop this year, conducted for 05 days by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of the RBAirF.
Among the aims of this workshop is to provide exposure and understanding to the participants regarding the early history of Prophet Muhammad S.A.W., His personality, the history of the 1st revelation in Islam, the importance of Islamic wars, remembering the prophet’s journey from the early of his era until his death and more. The participants were also given some tasks on certain important topics to present giving them exposure in this workshop.
The closing ceremony was held on Friday, 15 September 2023, starting with the recitation of
Surah Al-Fatihah and the memorizing performance of the genealogy of the Prophet Muhammad by the participants. The event ended with the presentation of course completion certificates and the closing
Doa.
The workshop was also held to remember the coming month of Rabi’ulawal, the birth month of the Prophet Muhammad S.A.W.


ANGGOTA-ANGGOTA TUDB MENGHADIRI BENGKEL SEJARAH ISLAM
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 15 September 2023 – Kursus Sejarah Islam bagi anggota-anggota tentera dan anggota-anggota awam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 11 hingga 15 September 2023 bertempat di bilik
Lecture Room 52 Skuadron, Hangar A, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Seramai 11 orang anggota mengikuti kursus ini selama 05 hari yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.
Antara pengisian di dalam kursus ini ialah untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai sejarah-sejarah yang dapat diambil iktibar sepanjang kehidupan Baginda Rasulullah S.A.W. dari segi biodata Baginda S.A.W., peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah, penerimaan wahyu, perang-perang yang menjadi pengajaran kepada kehidupan masa kini, menghayati kisah kewafatan Baginda S.A.W. dan sebagainya. Peserta juga diarahkan untuk membuat pembentangan tentang tajuk-tajuk khusus sebagai latihan dan penglibatan mereka dalam kursus ini.
Penutup kursus diadakan pada hari Jumaat, 15 September 2023 dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan persembahan hafazan berirama salasilah Nabi Muhammad SAW oleh kesemua anggota. Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan di sudahi dengan bacaan Doa Penutup.
Kursus juga diadakan adalah untuk memberi persiapan dan penghayatan kepada para peserta bagi sama-sama menyambut kedatangan bulan Rabi’ulawal, bulan kelahiran Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.

