PUSAT BELIA HALL, Wednesday, 15 November 2023 -  The 2023 Super Smasher League Tournament took place from the 03 to 15 November and ended with a victory from MS ABDB team crowned as the champion with a score of 3-2 against TDL A team.   The tournament was conducted in collaboration with the Brunei Darussalam Badminton Association and the Department of Youth and Sport, Ministry of Culture, Youth and Sports at Pusat Belia Hall, Bandar Seri Begawan.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Pg Mohd Amirrizal bin Pg Hj Mahmud, Permanent Secretary (Sport) of the Ministry of Culture, Youth and Sports.   A total of 20 teams participated in the tournament consisting of one (1) category “A” men’s doubles, two (2) category ‘B’ men’s doubles, one (1) category men’s veteran, and one (1) category women’s doubles.   The MS ABDB players consist of three (3) officers and nine (9) other ranks from all RBAF units. Six (6) personnel are from Royal Brunei Air Force (RBAirF), Lance Corporal (U) Mohd Azizan Firdaus bin Ali Mustapha, Lance Corporal (U) Mohd Sheril Shahizan bin Tikom, Lance Corporal (U) Muizzuddin @Muhamad Azan Bin Haji Othman, Lance Corporal (U) Md Adde Shaeiman bin Radinkanoro, Private (U) Md Aziz Asyraf bin Haji Kamis and Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, RBAirF religious teacher.

The RBAirF would like to congratulate the MS ABDB team and RBAirF personnel on their outstanding performance and remarkable achievement throughout the tournament.

ANGGOTA TUDB TURUT SERTA DALAM KEJOHANAN LIGA SUPER SMASHER 2023

DEWAN PUSAT BELIA, Rabu, 15 November 2023 – Kejohanan Liga Super Smasher 2023 telah berlangsung dari 03 hingga 15 November telah diakhiri dengan kemenangan daripada pasukan MS ABDB seterusnya dinobatkan sebagai juara pertandingan dengan mata 3-2 menentang pasukan TDL A. Perlawanan tersebut diungkayahkan dengan kerjasama Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam dan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Yang Mulia Pg Mohd Amirrizal bin Pg Hj Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.   Seramai 20 pasukan telah menyertai perlawanan tersebut terdiri daripada satu (1) bergu lelaki kategori ‘A’, dua (2) bergu lelaki kategori ‘B’, satu (1) bergu lelaki veteran dan satu (1) bergu wanita terbuka. Pemain-pemain MS ABDB terdiri daripada tiga (3) Pegawai dan sembilan (9) lain-lain peringkat. Enam (6) anggota daripadanya adalah terdiri daripada anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), iaitu Lans Koperal (U) Mohd Azizan Firdaus bin Ali Mustapha, Lans Koperal (U) Mohd Sheril Shahizan bin Tikom, Lans Koperal (U) Muizzuddin @Muhamad Azan Bin Haji Othman, Lans Koperal (U) Md Adde Shaeiman bin Radinkanoro, Soldadu (U) Md Aziz Asyraf bin Haji Kamis, dan Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada pasukan MS ABDB dan anggota TUDB atas prestasi yang cemerlang dan pencapaian sepanjang kejohanan tersebut.