​​RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 19 April 2023 – No. 6 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) organized fitness programme throughout the month of Ramadhan. The sessions, led by Physical Training Instructors (PTI) from No. 6 Wing, RBAirF, were conducted every alternate evening at the Sports Complex, Rimba Air Force Base. 

With fitness activities such as interval runs, circuit trainings and Tabata, the objectives of these sessions are to improve fitness level and strengthen the relationship between officers and personnel. In addition, this programme is also aimed to practice a healthy lifestyle and instil the spirit of healthy competitiveness and team work.


PROGRAM KECERGASAN RAMADHAN TUDB 2023

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 19 April 2023 – Cawangan No. 6, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Program Kecergasan disepanjang bulan Ramadhan. Sesi-sesi latihan yang diketuai oleh Jurulatih Jasmani, Cawangan No. 6, TUDB dikendalikan pada setiap dua hari di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kecergasan seperti larian interval, latihan circuit dan Tabata, objektif bagi keseluruhan sesi ini adalah bagi meningkatkan tahap kecergasan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan menyuntik semangat daya saing dan kerjasama.​