Rimba Air Force Base, Thursday, 17 November 2022 – The Aviation Safety Team from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Inspectorate Unit has conducted a Rotary Wing Learning and Innovation Workshop held at Air Movement Centre (AMC). The workshop serves as a platform for participants to discuss ways to maximize the utilization of the Blackhawk S70i force. At the same time, it also emphasizes the way forward in training and development from all elements of the Service.
The workshop was officiated with an opening remark from Lieutenant Colonel (U) Hajah Suriani binti Haji Junaidi, the Head of RBAirF Inspectorate Unit, followed by workshop instructions from Lieutenant Colonel (LS) Colin Would, the Head of Aviation Safety. Personnel from RBAirF’s IU Standard and Evaluation Cell, A3 Cell from RBAirF HQ, 11 Squadron aircrew from No. 1 Wing, 51 Squadron engineers from No. 5 Wing, and Technical Supply Squadron of No. 4 Wing participate in the workshop.
During the workshop, participants were divided into syndicates to garner more innovative ideas for RBAirF to consider in maximizing S70i hours for effective and efficient operations. The workshop ended with a summary debrief from the Head of Aviation Safety.



BENGKEL
ROTARY WING LEARNING AND INNOVATION
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 17 November 2022 – Sel Keselamatan Penerbangan dari Unit Inspektorat, Tentera Udara Diraja Brunei (UI TUDB) telah mengendalikan Bengkel
Rotary Wing Learning & Innovation di Pusat Pergerakan Udara. Bengkel tersebut telah dilaksanakan untuk peserta-peserta bengkel memberi pandangan dan saranan dalam mempertingkatkan tahap keupayaan dan kegunaan pesawat Blackhawk S70i. Selain itu bengkel tersebut diadakan bagi mencari hala tuju perkembangan dan latihan skuadron dari semua unit yang ikut serta.
Bengkel tersebut dirasmikan dengan kata-kata aluan dari Leftenan Kolonel (U) Hjh Suriani binti Haji Junaidi, Ketua UI TUDB diikuti dengan tatacara bengkel dari Leftenan Kolonel (LS) Colin Would, Ketua Keselamatan Penerbangan,. Bengkel tersebut diikuti oleh anggota dari Sel Piawaian dan Penilaian, UI TUDB, Sel A3 dari Markas TUDB, 11 Skuadron dari Cawangan No. 1, 51 Skuadron dari Cawangan No. 5 dan Skuadron Bekalan Teknikal dari Cawangan No. 4.
Semasa bengkel tersebut, peserta bengkel telah dibahagikan kepada sindiket untuk membincangkan idea yang inovatif bagi mempertingkatkan keupayaan dan mencapai tahap penggunaan pesawat S70i yang lebih efektif dan efisien. Bengkel diakhiri dengan perbincangan penutup diketuai oleh Ketua Keselamatan Penerbangan.



