RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 13 November 2023 – Students from Sekolah Ugama Pelambayan Brunei I, had an educational visit at Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The visit was attended by 49 students and 10 teachers, with the objective of offering the students insights and an introduction to the capabilities of RBAirF, especially 31 Squadron. The visit commenced with a welcoming remark by Lieutenant (U) Md Fauzi Al Khairi bin Awg Hj Jeludin, the Acting Admin Officer of No. 3 Wing, RBAirF. The visit was followed with a brief introduction of 31 Squadron by Staff Sergeant (U) Ismady bin Emran, instructor of 31 Squadron.
During the visit, 31 Squadron personnel demonstrated a static airborne procedure followed by a demonstration of abseiling procedure. The visit continues with showcasing the maintenance measure of the main parachute as well as the procedure of repacking the parachutes. In addition, a static display of RBAirF’s assets and equipment are being shown to the students. The visit concluded with a group photo session.





LAWATAN PELAJAR DARI SEKOLAH
UGAMA PELAMBAYAN BRUNEI I KE SKUADRON 31, TUDB.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 13 November 2023 – Murid-murid dari Sekolah Ugama Pelambayan Brunei I, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Lawatan itu dihadiri oleh 49 murid dan 10 guru, dengan matlamat untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid dan pengenalan kepada kemampuan TUDB, terutamanya 31 Skuadron. Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Leftenan (U) Md Fauzi Al Khairi bin Awg Hj Jeludin, Pemangku Pegawai Pentadbir, Cawangan No. 3, TUDB. Lawatan diteruskan dengan Taklimat Pengenalan tentang Skuadron 31 oleh Staf Sarjan (U) Ismady bin Emran, Jurulatih di Skuadron 31.
Semasa lawatan, anggota Skuadron 31 memperlihatkan tatacara prosedur statik payung terjun diikuti dengan tatacara prosedur abseiling. Lawatan diteruskan dengan mempamerkan langkah penyelenggaraan payung terjun utama serta tatacara membungkus payung terjun. Lawatan ini juga mempamerkan statik aset dan peralatan TUDB kepada murid-murid. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama.



