KIULAP, Friday, 03 February 2023
– Signal Squadron, No. 3 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force
(RBAirF) hosted an Appreciation Night Event to commemorate retiring
personnel from Signal Squadron, RBAirF at a local restaurant.
Present
as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Rahimin
bin Haji Ismail, Commanding Officer of No. 3 Wing. In attendance were
Captain Nooras bin Haji Abdullah, Staff Officer Grade 2, G6 from Royal
Brunei Land Force (RBLF) Headquarters, RBAirF Communication Officers and
Signal Squadron personnel.
The
event commenced with appreciation remarks from Captain (U) Noraqidah
binti Efinddi, Officer Commanding of the Signal Squadron, followed by
the presentation of a token of appreciation by the Guest of Honour. The
appreciation night aims to honor the contribution, commitment, and
dedication the former personnel have given throughout their service to
the organisation.
The
event hopes to strengthen the organisation’s engagement and build a
stronger sense of collaboration as a Communication Information System
Community as well as to foster close relationships among the Officers,
Senior Non-Commissioned Officers, and Junior Non-Commissioned Officers
from No. 3 Wing, RBAirF.
RBAirF
would like to congratulate Warrant Officer 2 (R) Saifful Rizal bin Haji
Muhammad Yassin, Warrant Officer 2 (U) Norfendi bin Abdul Razim, Staff
Sergeant (R) Pengiran Samsul Risal bin Pengiran Daud, Staff Sergeant (R)
Haji Zifrin bin Haji Momin, Staff Sergeant (U) Haji Muhammad Azren Bin
Haji Jumat, Sergeant (R) Bolfadillah bin Bolghanikan, Sergeant (R)
Muhammad Muslin bin Zakaria, Corporal (U) Ahmad Taufiq bin Haji Ramli,
Corporal (U) Nursari Fakrullah bin Haji Amat, Corporal (R) Azlan bin
Zulkifli and Lans Corporal (R) Muhammad Harun bin Haji Latif, who have
completed their service in the RBAirF and wish them all the best in
their future endeavors.





SKUADRON SEMBOYAN MENGADAKAN MAJLIS PENGHARGAAN JASAMU DIKENANG
KIULAP, Juma’at, 03 Februari 2023
– Skuadron Semboyan Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara
Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penghargaan Jasamu Dikenang
semasa makan malam di sebuah restoran untuk PTB Kanan dan PTB Rendah
yang telah bersara dan akan bersara.
Hadir
selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad
Rahimin bin Haji Ismail, Pegawai Pemerintah, Cawangan No. 3, Kumpulan
Gerakan, TUDB. Turut hadir bersama ialah Kapten Nooras bin Haji
Abdullah, Timbalan Pegawai Turus, G6, Markas Tentera Darat Diraja Brunei
(TDDB), Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Perhubungan TUDB serta
anggota Skuadron Semboyan.
Majlis
dimulakan dengan Ucapan Penghargaan oleh Kapten (U) Noraqidah binti
Efinddi, Pegawai Memerintah Skuadron Semboyan, Cawangan No. 3 dan
seterusnya dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan oleh
Tetamu Kehormat kepada PTB kanan dan PTB rendah yang telah bersara dan
akan bersara.
Majlis
ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan, komitmen dan
dedikasi yang diberikan disepanjang perkhidmatan mereka dalam organisasi
ini. Majlis ini bertujuan mengukuhkan penglibatan organisasi dan
membina semangat kerjasama yang lebih kukuh sebagai komuniti Sistem
Maklumat Perhubungan serta memupuk hubungan silaturrahim di antara
Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah di Cawangan No. 3,
TUDB.
TUDB
ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pegawai Waran 2
(B) Saifful Rizal bin Haji Muhammad Yassin, Pegawai Waran 2 (U) Norfendi
bin Abdul Razim, Staf Sarjan (R) Pengiran Samsul Risal bin Pengiran
Daud, Staf Sarjan (B) Haji Zifrin bin Haji Momin, Staf Sarjan (U) Haji
Muhammad Azren Bin Haji Jumat, Sergeant (B) Bolfadillah bin Bolghanikan,
Sergeant (B) Muhammad Muslin bin Zakaria, Koperal (U) Ahmad Taufiq bin
Haji Ramli, Koperal (U) Nursari Fakrullah bin Hj Amat, Koperal (B) Azlan
bin Zulkifli dan Lans Koperal (B) Muhammad Harun bin Haji Latif yang
telah menamatkan perkhidmatan mereka di TUDB dan mendoakan yang terbaik
dalam usaha mereka di masa hadapan.



