THAILAND, Friday, 16 June 2023
– The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Royal Thai Air Force (RTAF) have successfully concluded a Subject Matter Expert Exchange on Night Search and Rescue (SMEE Night SAR), fostering closer cooperation and enhancing operational capabilities between the two air forces. The exchange took place from 12 to 16 June at the Lopburi Airbase and involved intensive training sessions, knowledge sharing, and practical exercises. Leading The RBAirF delegation was Captain (U) Azhar @ Reamy bin Haji Jumat, Staff Officer 2 Aviation Safety.
The SMEE on Night SAR was designed to facilitate the exchange of expertise, best practices, and techniques in conducting search and rescue operations during night-time hours. Both the RBAirF and RTAF recognize the critical importance of night SAR missions, which often present unique challenges and require specialized skills. By combining their respective experiences and expertise, the two air forces aimed to enhance their capabilities in providing timely and effective assistance to those in distress, regardless of the hour.
Moving forward, the RBAirF and RTAF will build upon the outcomes of this exchange to further strengthen their bilateral ties and cooperation in various areas of mutual interest. As neighboring countries committed to regional stability and security, both air forces are determined to continue working closely together, exchanging expertise, and fostering enduring partnerships.





SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE ON NIGHT SAR MEMPERKUKUHKAN KERJASAMA ANTARA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA UDARA DIRAJA THAILAND
THAILAND, Juma’at,
16 Jun 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Diraja Thailand (TUDT) telah berjaya mengadakan
Subject Matter Expert Exchange on Night Search and Rescue (SMEE Night SAR) yang mana telah memupuk kerjasama yang lebih erat dan meningkatkan keupayaan operasi antara kedua-dua tentera udara.
SMEE Night SAR itu diadakan dari 12 hingga 16 Jun di Pangkalan Udara Lopburi dan melibatkan sesi latihan intensif, perkongsian pengetahuan, dan latihan praktikal. Mengetuai delegasi dari TUDB ialah Kapten (U) Azhar @ Reamy bin Haji Jumat, Timbalan Pegawai Turus Keselamatan Penerbangan.
SMEE on Night SAR direka untuk memudahkan pertukaran kepakaran, amalan terbaik dalam penerbangan, dan teknik dalam menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada waktu malam. Kedua-dua TUDB dan TUDT mengiktiraf kepentingan kritikal misi mencari dan menyelamat malam, yang sering memberikan cabaran unik dan memerlukan kemahiran khusus. Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran masing-masing, kedua-dua angkatan udara itu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam memberikan bantuan yang tepat pada masanya dan berkesan kepada mereka yang dalam kesusahan, tanpa mengira jam.
Bagi perancangan masa hadapan, TUDB dan TUDT akan memanfaatkan hasil pertukaran ini untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala mereka dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama.



