BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 14 June 2022 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Surah Yaasin and Tahlil event for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum.
The event was attended by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also in attendance were the Deputy Commander of RBAirF, RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, AFSM, SNCOs and RBAirF personnel.
The ceremony began with the recitation of Surah Yassin and the recitation of Tahlil led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. The event then followed with the recitation of Doa Tahlil for Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.and Al-Marhum and His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah and Doa Peliharakan Sultan.
The annual Surah Yaasin and Tahlil recitation was held in conjunction with the 56th Anniversary of RBAirF.


BACAAN SURAH YASSIN AND TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-65 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Jun 2022 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang berlangsung di Kubah Makam Diraja khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.
Hadir pada acara tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir pada pagi tersebut ialah, Timbalan Pem TUBD, Pegawai-pegawai Kanan TUDB, Pegawai-pegawai, SMTU, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota TUDB.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Acara diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah serta Doa Peliharakan Sultan.
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil tahunan ini diadakan sempena Hari Ulangtahun TUDB yang ke-56.
